17 September 2008 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan berkat ini,Badan Kebajikan Kakitangan USIM telah mengedarkan lebih dari 2000  bubur lambuk kepada kakitangan dan pelajar USIM.

Edaran bubur lambuk dimulakan seawal jam 4.30 petang di lobi bangunan canselori oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Mohd Noor, Pengerusi LPU USIM dan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin, Naib Canselor USIM. Edaran bubur lambuk juga diberikan secara ‘drive thru’ melalui laluan pintu utama USIM.

Semoga dengan adanya kerja-kerja amal seperti ini dapat meningkatkan pahala dan keberkatan di bulan puasa yang mulia ini.

Dari :
Unit Perhubungan Awam
pro@usim.edu.my
Tel : 8025/8026