NILAI, 13 Nov – Terpancar wajah kegembiraan para graduan apabila selesai sesi raptai perbarisan di Dewan Besar yang diadakan pagi tadi. Rata – rata tidak sabar untuk menunggu hari bersejarah mereka yang bakal dinobatkan sebagai ahli alumni USIM.

Selesai sesi raptai pula, mereka berurusan di kaunter untuk menempah gambar pada hari konvokesyen. Ada sebilangan graduan yang lain pula, mengambil keputusan untuk mengambil jubah pada saat akhir. Rata-rata sangat teruja dan saling bertukar cerita kerana inilah saat yang paling dinantikan dalam hidup mereka selepas bertungkus lumus menghabiskan masa selama 4 hingga 5 tahun bagi menamatkan sesi pengajian.

Bagi Osama Kanaker,29, dari Syria dan Lawal Sa’adu dari Nigeria yang masing –masing mengambil Ijazah Doktor Falsafah berkata, selama lebih 5 tahun belajar di USIM inilah saat yang ditunggu-tunggu. Osama Kanaker yang kini menetap di Seri Kembangan bersama isteri dan dua anak perempuannya merupakan pensyarah separuh masa di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Osama menyatakan USIM is the best place to stay kerana selama 6 tahun sejak dari pengajian Master lagi beliau meneruskan pengajian di USIM.

Sementara itu, Lawal Sa’adu pula,35, dari Nigeria yang kini menetap Nilai turut berkongsi pengalamannya yang menyambung pengajian di USIM dari pengajian Master lagi sejak 2009 sehingga bakal merangkul segulung Ijazah Doktor Falsafah pada konvokesyen Sabtu ini. USIM is part of me, since no places better than USIM. I believed USIM will growth rapidly because of the continuous development that USIM achieved nowadays, ujar Lawal.

Amalina Zainal Alam, 23, yang berasal dari Kuala Lumpur turut berkongsi kegembiraan dan teruja untuk menunggu hari bersejarah baginya. Beliau pelajar dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, program Quran Multimedia berkata, walaupun mengambil jurusan agama namun beliau turut berminat dalam bidang perniagaan. Berhasrat untuk menjadi seorang ahli perniagaan suatu hari nanti. Semasa pengajiannya di USIM, Amalina telah berjinak dengan perniagaan dengan menjual dadih di sekitar kolej kediamannya.

Disediakan oleh :

Noorumaina Mohamed Yunus

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204