Davao Oriental, Filipina, 28 Januari 2020 – 19 orang mahasiswa tahun tiga fakulti sains & teknologi bersama seorang pegawai pengiring, Dr. Mohd Hafiz bin Abu Hassan menjalankan aktiviti GISO 2020: Travelog In Davao, Amity Route di sebuah perkampungan komuniti Islam yang diberi nama Revert Islam Dakwah Center (RIDC). Para peserta GISO Davao disambut dengan meriah oleh penduduk-penduduk tempatan yang minoritinya adalah Muslim.

Atas jasa baik penduduk RIDC, para peserta GISO Davao diberi kesempatan berjumpa dengan Datuk bandar City of Mati, Michelle N. Rabat. Selain itu, mereka berpeluang mengendalikan aktiviti GISO bersama penduduk tempatan iaitu Play Hard Work Hard, Clean Body Save Live, Necessity in Salah, Cultural night, Colourful Malaysia dan Remembrance of Muslim Scholar. Kesemua aktiviti yang diadakan merangkumi 4 komponen GISO seperti libatsama masyarakat, kelestarian alam, pertukaran ilmu dan pertukaran budaya.

Sebelum itu, para peserta GISO Davao turut berjumpa ketua kampung Punong Barangay, Sir Nestor L. Escasinas. Kemudian, para peserta GISO Davao dibawa ke pusat komuniti Islam City of Mati untuk lebih mengetahui tentang komuniti Islam di City of Mati, Davao. City of Mati terdiri daripada 40% Muslim dan 60% Kristian yang membuatkan tempat mereka sangat mesra Muslim.

“Aktiviti yang diadakan bersama masyarakat setempat dapat menjadi nilai tambah kepada pelajar-pelajar USIM itu sendiri yang seterusnya turut memenuhi objektif GISO. Pertemuan para peserta dengan beliau menjadi perbualan hangat di kalangan penduduk tempatan kerana berita kunjungan antara mereka dengan datuk bandar turut dipaparkan di laman rasmi City of Mati. Bahkan, ianya turut ditulis oleh surat khabar tempatan disini,” ujar Dr. Hafiz ketika ditemu bual.

Disediakan oleh:
Pelajar Delegasi GISO Davao
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan


Layari : https://www.facebook.com/625568741264314/posts/774994986321688/