Bandar Baru Nilai, 13 Disember 2010 – Dalam usaha menghasilkan graduan kewangan Islam yang mampu memenuhi keperluan industri kewangan Islam masakini, Univeriti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjalinkan kerjasama dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB).

Kerjasama ini diwakili oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM dan Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif BMMB.

Antara bidang kerjasama yang dipersetujui ialah penggunaan kemudahan yang terdapat di USIM oleh pihak BMMB dan menyediakan peluang pekerjaan bagi graduan USIM yang mempunyai kelulusan dan kriteria yang dikehendaki oleh pihak BMMB.

Disamping itu juga, pihak BMMB diberikan akses untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan BMMB kepada warga USIM serta pihak BBMB akan menawarkan pakej khas pembiayaan bagi pelajar dan kakitangan USIM.

Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat
pwartawan@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028
H/p : 012-6257710

Gambar oleh : Kamarull Syamzari Kamaruddin (Tel :06-7988058)