NILAI, 7 Mei 2020 – Lebih 29 orang pegawai bomba Nilai yang sebahagiannya merupakan jurulatih Kor Siswa Bomba di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terlibat secara langsung dalam membantu proses nyah kuman sempena Ops Pulang USIM.

Menurut Encik Bakarya Mohd Salleh,Penolong Kanan Penguasa Bomba, Balai Bomba Nilai berperanan dengan melakukan sanitasi awam di lokasi yang menjadi tumpuan awam selain melakukan sanitasi terhadap bas dan bagasi pelajar semasa proses penghantaran pelajar pulang ke kampung meliputi universiti awam serta swasta sekitar Nilai termasuk Kampus USIM.

“Proses melakukan sanitasi awam bermula dengan membuat bancuhan terhadap bahan kimia yang disediakan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Terdapat dua jenis bahan yang digunakan iaitu Sodium Hypoclorite dan Floral Disinfectant,” katanya.

Tambahnya, setiap petugas diwajibkan menggunakan Personal Protection Equipment (PPE) yang lengkap semasa proses sanitasi ini dilakukan bagi mengelakkan anggota bomba mengalami komplikasi jika terkena bahan kimia yang digunakan.

“Antara cabaran yang dihadapi oleh pasukan kami adalah bekerja dalam keadaan yang tidak selesa semasa memakai PPE, ini kerana badan akan mudah berpeluh dan menyebabkan dehydrasi disamping anggota tetap melaksanakan ibadah puasa seperti biasa. Namun perkara ini tidak menghalang anggota bomba yang tetap bersemangat untuk menjalankan amanah yang telah diberikan,” ujarnya lagi.

Tidak ketinggalan saya juga berharap semoga rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan sepenuhnya dengan kepatuhan masyarakat terhadap arahan-arahan semasa yang di keluarkan oleh pihak berkuasa dalam menempuh kehidupan seharian dalam keadaan norma baharu .

#kitajagakita
#kitamestimenang

Disediakan oleh :
Muhammad Shahrul Naim Bin Mohd Tokiman
Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan