Bandar Baru Nilai, 22 Oktober 2010 – Seruan kerajaan dalam usaha mengantarabangsakan universiti disambut baik oleh semua universiti. Universiti Sains Islam Malayia (USIM) juga tidak ketinggalan dalam proses memartabatkan universiti ke peringkat global.

Ke arah itu, USIM baru-baru ini menerima kunjungan dari delegasi Menteri Pengajian Tinggi dan Saintifik Libya. Seramai 13 orang yang terdiri dari delegasi dan kedutaan libya menyertai kunjungan ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Y.Bhg. Dr. Abdul Kabir Mohamed Al-Fakhri ini tiba di USIM lebih kurang pukul 5.00 petang dan disambut oleh Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM bersama para penguruan universiti.

Dalam ucapannya Muhamad Muda sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan dari delegasi libya.

“Saya sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar Libya untuk ke USIM dan berharap agar USIM menjadi universiti pertama yang menjadi pilihan warga Libya untuk menyambung pengajian”, tambah Muhamad lagi.

Sementara itu, Y.Bhg. Dr. Abdul Kabir Mohamed Al-Fakhri berkata, adalah agat penting jalinan perahabatan ini berterusan dan berterima kaih diatas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pelajar Libya yang belajar di USIM.

Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat
pwartawan@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028

Gambar oleh : Mohd Yusrizal Mohd Yunus (06-7988058)