LABU, 4 Mei 2019 – Kumpulan Enactus USIM berjaya laksanakan satu program beramah mesra bersama penduduk Kampung Labur Hilir, Labu, Negeri Sembilan dengan menganjurkan program “Kempen Mengkompos Sisa Makanan Anda”. Program ini diadakan di Balai Raya Kampung Bandar Hilir dan dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad selaku ADUN kawasan Labu dan Exco Negeri Sembilan.
Kempen anjuran Enactus USIM 2018/2019 dibawah Projek Blackgold ini turut dibantu oleh penasihat program iaitu Fakulti Ekonomi dan Mualamat Dr. Nur Shuhada Kamarudin dan Dr. Nur Adilah Abdul Hadi.
Antara objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sisa makanan juga boleh dimanfaatkan untuk tumbuh-tumbuhan serta untuk memberi pendedahan kepada masyarakat cara-cara untuk menghasilkan baja organik menggunakan sisa makanan tersebut. Malah tujuan kempen ini diadakan adalah untuk beramah mesra bersama penduduk kampung tersebut sekaligus untuk mencari golongan sasaran dalam kalangan penduduk kampung bagi membantu Projek Blackgold untuk meneruskan usaha mereka dalam menghasilkan baja organik dari tumbuh-tumbuhan.
Menurut Hjh Aini Suzana bt Abd. Halim merupakan seorang pengusaha cendawan, beliau berasa seronok sertai program ini kerana kos selenggara sisa cendawan yang agak mahal, tetapi dengan bantuan pelajar USIM dari Projek Blackgold ini telah mengajar ilmu pembuatan baja kompos organik daripada sisa buangan cendawan ini.
”Sangat bagus projek ini kerana bahan buangan boleh digunapakai semula sebagai contoh sisa habuk kayu yang dibakar, kita boleh mengubah menjadi sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan persekitaran”.
Projek Blackgold di bawah Enactus USIM telah berjaya memasuki pertandingan Social Enterprise Literacy for Youth (Selfy) anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Kumpula Enactus USIM 2018/2019 berharap agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang bagi membina hubungan baik antara ahli Enactus USIM agar dapat bekerjasama antara satu sama lain bagi mencapai matlamat untuk membantu lebih ramai golongan sasaran untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Disediakan oleh:
Liyana Binti Rosman
Unit Publisiti, Enactus
Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan