JELEBU, 4 Disember 2022 – Seramai 40 orang sukarelawan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah turun padang ke Kampung Orang Asli Baner Tengkoh, Jelebu bagi menjayakan Misi Jelajah Kesukarelawan Jelebu pada 4 Disember 2022.
Program yang mendapat kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu ini menyantuni 50 buah keluarga dan anak-anak Orang Asli dengan pelbagai aktiviti antaranya aktiviti gotong royong membersihkan balai raya, rumah penduduk orang asli dan surau, pemberian sumbangan Kotak Rezeki Ummat daripada MyFundAction dan juga sukaneka.
Menurut Pengarah Porgram Illya Insyirah Mohd Asri, penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi memahami dan menitikberatkan aktiviti kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa universiti untuk cakna dengan masyarakat luar.
“Diharapkan pelaksanaan program seperti ini akan melahirkan lebih ramai mahasiswa yang holistik dalam segenap aspek terutamanya keprihatinan dan kebersamaan mahasiswa terhadap komuniti”, tambahnya lagi.
Tok Batin Kampung Baner Tengkoh, Jelebu, Tuan Batin Shahrol turut menyatakan harapan beliau agar program ini bukanlah program secara one-off tetapi ia akan menjadi small gesture dan menjadi pemangkin kejayaan dan inspirasi kepada anak-anak orang asli untuk melajutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan