NILAI, 20 Mei – Mempromosikan aktiviti bersukan dan riadah untuk memlihara kesihatan tubuh badan dan stamina, Majlis Perwakilan Pelajar USIM melalui Exco Sukan dan Pembangunan Belia melancarkan Fit USIM 2015.

Program Fit USIM ini menjadi sebagai salah satu wadah untuk menyahut seruan Fit Malaysia yang dilancarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di seluruh negara baru-baru ini.  Idea Fit Malaysia yang didokong penuh oleh Menteri Belia Dan Sukan,YB.Khairy Jamaluddin adalah bertujuan untuk melahirkan sebuah rakyat Malaysia yang menjaga dan menitikberatkan penjagaan kesihatan melalui aktiviti sukan dan riadah yang berterusan.

“Fit Malaysia menimbulkan kesedaran dan minat golongan muda untuk sama-sama menyertainya. Justeru, dengan pelancaran Fit USIM ini, diharapkan ia dapat mengajak para mahasiswa untuk aktif terlibat dalam aktiviti kesukanan yang terdapapt di USIM.”

“Ia pastinya bermula dengan kesedaran sebelum menjadi sesuatu yang dibudayakan secara harian kerana mahasiswa juga perlu sedar kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan dari awal”.

“Dapat dilihat kini penglibatan pelajar untuk menggunakan kemudahan sukan dan riadah di Pusat Sukan semakin menggalakkan. Pusat Sukan menyediakan gelanggang futsal, bola sepak, bola jaring, basikal, gimnasium dan lain-lain lagi untuk dimanfaatkan oleh mahasiswa. Kita juga jadikan Fit USIM ini sebagai satu hashtag iaitu #FitUSIM untuk diviralkan di media sosial” ujar Saudari Sharifah Najwa Farhana selaku Exco Sukan dan Pembangunan Belia MPP USIM.

Pada majlis pelancaran Fit USIM ini juga diadakan kempen keselamatan yang memfokuskan kepada mahasiswa bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa kepada kes jenayah seperti pecah rumah, ragut dan gangguan seksual.  Satu sesi ceramah berkenaan keselamatan diri telah disampaikan oleh Puan Ruzana binti Sager Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Sembilan.

Kemuncak aktiviti utama sempena pelancaran Fit USIM ini adalah pelancaran konvo berbasikal oleh Encik Hamran Husin, Pengarah Pusat Sukan USIM. Konvoi yang disertai hampir 30 pelajar bergerak ke sekitar kawasan perumahan di sekitar USIM. Di sana, mereka akan berjalan kaki menyantuni para penduduk di samping mengedarkan poster dan risalah berkaitan kesihatan dan keselamtan.

Disediakan oleh:

Exco Sukan dan Pembangunan Belia MPP USIM

Dikemaskini oleh:

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204