NILAI, 22 Julai 2022- Gugusan A( Abu Bakar As-Siddiq) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Sukan Antara Jabatan yang berlangsung 18 hingga 22 Julai 2022 baru-baru ini.

Sebanyak 25 emas, 7 perak dan 7 pingat gangsa berjaya di raih oleh para atlit dari kalangan staf pentadbiran dan akademik yang bertanding dalam 18 acara sukan mengikut kategori Lelaki, Wanita secara berkumpulan mahupun individu.

Ketua Kontinjen Gugusan A, Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi berkata walaupun tempoh persediaan dalam mengharungi cabaran bagi setiap acara sukan yg dipertandingkan dalam masa yang singkat, tetapi semua atlit berjaya memberikan komitmen yang tinggi dan kesungguhan yang jitu untuk meraih pingat dalam setiap acara yang dipertandingkan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang sertai acara sukan ini, menang dan kalah adalah adat resam pertandingan. Saya berharap kepada pemenang acara sukan yang akan mewakili USIM ke pertandingan SUKUM September ini akan memberi persembahan yang terbaik dan mencipta lebih banyak lagi kemenangan”, ujarnya.

Sebanyak empat kumpulan/gugusan yang terdiri daripada gabungan Pusat Tanggungjawab (PTj) telah bertanding pada acara Sukan Antara Jabatan 2022. Naib Johan dimenangi oleh Gugusan D (Ali Bin Abi Talib), tempat ketiga dimenangi oleh Gugusan B (Umar Al-Khattab), manakala tempat keempat dimenangi oleh Gugusan C (Uthman Bin Affan).

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof. Dr Adnan Mohamed Yusoff.

Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan