NILAI, 31 Mei 2014 – Pusat Kebudayaan dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Alumni dan Pusat Pembangunan  Pembiayaan Wakaf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Festival Seni USIM (i-FESSEM’14) pada 30 Mei (Malam Sireh Pinang) dan 31 Mei 2014 (Konsert Dikir Barat Karoot 1Malaysia) bertempat di Dewan Besar USIM.  Majis dihadiri oleh YBhg Prof. Dato’ Dr Asma Ismail, Naib Canselor USIM, Pengurusan Tertinggi Universiti, Alumni Urusetia Kesenian Pelajar serta tetamu jemputan.

Festival Seni USIM 2014 merupakan penganjuran yang julung kali diadakan selama dua hari dengan menggabungkan persembahan seni, wacana dan Malam Sireh Pinang selain majlis pelancaran Jendela Gemilang.  Ia menghimpunkan warga kampus, kepimpinan alumni, urus setia kesenian pelajar, badan-badan korporat, media dan masyarakat.

Sebahagian hasil kutipan jualan tiket akan disumbangkan ke Tabung Wakaf USIM dan Persatuan Dyslexia Malaysia. Penglibatan Persatuan Dyslexia dalam program ini bertujuan untuk libatsama masyarakat dan knowledge transfer mahasiswa USIM dan kanak-kanak Dyslexia melalui medium kesenian dengan mengadakan klinik khat dan seni lukis.

Malam Sireh Pinang yang berlangsung pada 30 Mei 2014 bertemakan seni yang berbudaya menampilkan 13 kumpulan persembahan seperti nasyid, band akustik, koir, qasidah, teater, dikir barat, tarian tradisional dan pelbagai lagi. Pada 31 Mei berlangsung Konsert Dikir Barat Karoot 1 Malaysia yang menampilkan artis terkenal seperti Sabri Yunus dan Halim Yazid.

Kesemua persembahan kesenian ini mempunyai unsur-unsur Islam dengan mempersembahkan bentuk seni yang berbudaya atau seni yang membawa manfaat dan memberi pendedahan secara intelektual tentang seni kepada warga kampus dan masyarakat Malaysia.

Kelainan yang dipersembahkan ini menunjukkan keprihatinan Warga USIM kepada golongan yang memerlukan melalui saluran yang tepat dengan bakat dalam bidang seni yang memberi manfaat secara keseluruhannya.

Disediakan oleh:

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)