NILAI, 25 OKT 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) raih 3 emas bagi kategori terbuka, 7 emas bagi kategori prasiswazah termasuk anugerah Khawarizmi Ibnu Sina dalam Ekspo Inovasi Islam (i-INOVA) yang berlangsung pada 24 dan 25 Oktober 2015 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM.

Penganjuran Ekspo Inovasi Islam (i-Inova’15) Kali ke-6 ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tema i-Inova 2015 iaitu “Integration of Naqli And Aqli Knowledge Led Innovation” adalah selari dengan misi USIM yang bertekad untuk menjadi sebuah institusi ilmu terkehadapan yang berteraskan pengajian Islam dan menjadi peneraju ilmu baharu yang menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan inovasi yang mampu mentransformasikan negara, ummah dan manusia sejagat.

Sebanyak 79 produk inovasi yang dipertandingkan kali ini. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Prasiswazah iaitu terbuka kepada semua pelajar Universiti Awam dan Swasta manakala Kategori Terbuka adalah kepada staf akademik dan penyelidik pelbagai institusi penyelidikan dan industri dalam dan luar negara. Antaranya yang sertai i-INOVA kali ini adalah UNISEL, UnisZa, MSU, UTP, Jabatan Mufti Melaka, Agensi Nuklear Malaysia dan Egypt.

Menurut Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, i-INOVA 15 kali ini bukan sahaja memenuhi matlamat USIM untuk mengembalikan tradisi keilmuan Islam melalui gabungan ilmu Naqli dan Aqli sepertimana yang terdapat di dalam Visi dan Misi USIM, malahan dapat mencungkil, mengetengahkan serta merangsang idea yang inovatif dan kreatif dalam pembangunan produk Islam di kalangan para pensyarah, penyelidik dan para pelajar IPTA/IPTS seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan dalam membudayakan inovasi dan kreativiti.

“Pembudayaan ini betepatan dengan lonjakan tujuh (7) di dalam Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 iaitu ekosistem inovasi di mana ianya membolehkan institusi pendidikan dan penyelidikan, syarikat dan komuniti mendapat dan membentuk perkongsian sumber bagi memupuk, membangun dan memasarkan idea baharu yang boleh menjana pertumbuhan dalam bidang keutamaan negara.

Perasmian disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pro Canselor USIM.

Disediakan oleh:

Syazlyna Jamil

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204