Bandar Baru Nilai, 13 Oktober 2010 – Seiring dengan misi untuk menegakkan perkhidmatan kewangan syariah dan perbankan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melancarkan sebuah mini ensiklopedia muamalat yang memuatkan pelbagai kertas kerja berkaitan dengan bidang kewangan dan perbankan Islam sebagai sumber rujukan tambahan.
Mini Ensiklopedia Muamalat ini dilancarkan bersempena dengan Islamic Banking, Accounting and Finance Conference(iBAF 2010) anjuran FEM. Persidangan selama dua hari ini bermula pada 13 hingga 14 oktober 2010 merupakan kali ke-4 penganjurannya.
Sebanyak 50 buah kertas kerja yang dibahagikan kepada tujuh tema dimuatkan dalam mini eksiklopedia muamalat ini. Antara temanya adalah Produk Pembangunan Islam & Inovasi Perbankan Islam, Institusi Kewangan Islam: Prospek & Cabaran dan Globalisai & Kemampanan Servis Kewangan Islam.
Para peserta terdiri daripada agensi awam dan swasta seperti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF), Universiti of Sriwijaya dan La Trobe University.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Eksekutif, Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Menurut beliau, persidangan sebegni sangat penting dalam usaha menghasilkan kerja sama antara ahli akademik dan pengamal kewangan tentang potensi sektor kewangan dan perbankan syariah di Malaysia.
Persidangan yang bertemakan “Globalization Sutainability in Islamic Financial services : Prospect and challenges” ini bertujuan untuk mengangkat isu-isu dan pelan tindakan yang didasarkan pada undang-undang syariah serta peranan utama sejauh Malaysia dalam bidang kewangan dan perbankan Islam secara global. Selain itu ia juga mengenalpasti faktor, kaedah dan strategi yang dapat mendorong perkembangan sektor kewangan dan perbankan Islam dan akhirnya boleh membantu meningkatkan kualiti produk yang ditawarkan.
Pada masa yang sama, turut dianugerahkan ‘Best Paper Award’ yang membawa pulang RM 500 kepada Saudari Wahida Ahmad dan Faridah Najuna Misman dari Universiti La Trobe. Tajuk kertas kerja mereka adalah ‘Off-Balance Sheet:Liquidity, Leverage and Default Risk opf Malaysia Islamic Banks’.
Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat
pwartawan@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028
Gambar oleh : Kamarull Syamzari Kamaruddin (06-7988058)