CHINA, 22 JAN 2016 – Seramai 21 orang mahasiswa dari Sekretariat Kesukarelawanan Mahasiswa , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai kembara Kesukarelawan Mahasiswa di bumi Guangzhou, China baru baru ini.
Memilih Guangzhou sebagai destinasi bermusafir selama 5 hari 4 malam itu, kembara ini diketuai oleh Ahmad Rabbani bin Mohd Ali selaku pengarah program dan Puan Nursallyma bt Mohd Kassim selaku pegawai pengiring.
Misi yang bertemakan “Kembara Kesukarelawan Mahasiswa” ini bertujuan untuk mendekati masyarakat disana disamping membawa misi kemanusian di negara berkenaan .
Timbalan Pengarah program, Nurul Husna Assaedah berkata, “Pengembaraan Giso itu memberi pendedahan dan peluang kepada mahasiswa untuk mengenali adat dan budaya di negara Tembok Besar itu.
Pelbagai aktiviti kesukarelawanan & kemanusiaan yang dijalankan bersama masyarakat setempat yang menepati objektif utama GISO, antaranya ialah Program Spread The Rahmah versi Guangzhou iaitu memberi pakaian sejuk kepada gelandangan, Keep The Mosque Clean iaitu projek membersihkan kawasan masjid dan sekitarnya dan juga aktiviti Street Dakwah, sebuah program dakwah melalui muzik kepada masyarakat di sekitar bandar Guangzhou”.
Selain itu, Sekretariat Kesukarelawan Mahasiswa juga berpeluang menjejakkan kaki ke South China University Of Technology yang merupakan universiti terbaik di dunia dengan menduduki ranking ke-59. Universiti ini telah dipilih untuk melaksanakan hubungan yang baik bersama USIM kerana ianya mempunyai persamaan diantara keduanya iaitu mengetengahkan Sains Dan Teknologi sebagai tawaran utama dalam bidang akademik. Selain itu, sukarelawan USIM juga diberi peluang untuk berkongsi aktiviti yang pernah Sekretariat Kesukarelawanan Mahasiswa(SKM) jalankan selama tertubuhnya di USIM.
“Di Universiti ini, kami saling bertukar pengalaman dan pendapat mengenai latar belakang universiti masing-masing disamping dapat memperkenalkan USIM dikalangan mahasiswa disana. Layanan yang amat baik dan sambutan yang amat menggalakkan amat mengujakan kami untuk kembali kesana”, ujar Nurul Husna .
Disamping itu , sumbangan berbentuk 20 maskhah alquran dan sedikit hadiah diberikan kepada Masjid Hua Sheng sebagai kenangan”, katanya lagi.
Jelas beliau, rombongan ini turut berpeluang melawat kilang pembuatan yang berasaskan herba, dan sebuah kedai kraftangan jed, dimana ianya popular dikalangan kepercayaan masyarakat cina bahawa ianya boleh memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada si pemakainya.
Kata salah seorang peserta program ini, Hamizah ‘Aqilah Auji Ismail, “Makanan halal sukar didapati di sekitar bandar Guangzhou ini. Selain itu, antara cabaran yang kami lalui adalah cuaca yang agak sejuk dan bergerimis sepanjang kami melaksanan misi disana. Selain menjalankan misi kemanusiaan , kami juga berpeluang melawat di sekitar bandar Guangzhou bagi melihat sendiri aktiviti perniagaan di negara yang mempunyai pembangunan aktiviti ekonomi yang amat pesat ini”, ujarnya lagi.
Secara keseluruhan, program pengantarabangsaan ini mewujudkan kerjasama dan daya kepimpinan yang tinggi di kalangan peserta dan memberi peluang untuk mahasiswa menimba ilmu dan pengalaman yang belum pernah diperoleh.
Disediakan oleh:
Zainal Hakim Zakaria, Unit Media dan Publisiti,
Kembara Kesukarelawan Mahasiswa di Bumi Guangzhou
Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204