NILAI, 18 September 2013 – Perhimpunan Khas Kemerdekaan bersempena dengan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat USIM telah dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor, Dato’ Dr Asma Ismail yang dihadiri oleh pengurusan tertinggi USIM, kakitangan USIM dan persatuan badan beruniform yang memenuhi segenap ruang di Dewan Kuliah Pusat 3. Turut hadir sama adalah tetamu Kehormat Tokoh Jemputan iaitu YBhg. Tan Seri Abdul Aziz Shamsuddin, mantan Menteri Kabinet Malaysia.

Bermula dengan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 29 Ogos lalu yang menyaksikan acara Pelepasan Kayuhan Kemerdekaan dan acara Pelancaran Antologi Lirik Kemerdekaan, USIM juga telah melaksanakan acara Sambutan Hari Ta’aruf Sarjana Muda pada 3 September, acara Dialog Kemerdekaan pada 4 September, acara Saya Anak Malaysia (SAM) pada 14 hingga 15 September, acara Syarahan Kemerdekaan pada 17 September dan juga acara Pertandingan Ceria Kemerdekaan yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 17 September 2013.

p style=”text-align: justify;”>YBhg. Dato’ Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata, beliau menyeru agar semua warga USIM dapat terus mengekalkan momentum semangat cintakan Negara dan patriotisme yang telah dinyalakan sepanjang tempoh Sambutan Bulan Kemerdekaan ini, supaya terus kekal tersemat dalam jiwa dan sanubari.

p style=”text-align: justify;”>YBhg. Tan Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Tokoh Jemputan bersempena Perhimpunan Khas Kemerdekaan USIM turut berkongsi pengalaman beliau tentang keadaan dan situasi Malaysia pada masa sebelum merdeka dan penceritaan beliau saat-saat Malaysia dalam usaha mencapai kemerdekaan.

p style=”text-align: justify;”>Majlis berakhir dengan nyanyian Lagu Patriotik dan upacara gimik yang dijalankan oleh gabungan badan beruniform para pelajar USIM yang terdiri daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) dan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA ).

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus (Media StraComm)

Dikemaskini oleh:

Syazlyna Jamil

Penolong Pendaftar StraComm