KUALA LUMPUR, 25 Mei 2019 – Program Kasih Ramadan anjuran bersama Muslim Care Global (MCG) dengan Pusat Pengajian Al Zikri, Pusat Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Mahasiswa Darul Quran meneruskan program bulanan bersama warga jalanan di Jalan Tar iaitu Program Pemeriksaan Kesihatan Berkala Warga Jalanan.
Istimewanya program pemeriksaan kesihatan ini ialah warga jalanan bukan sahaja diberi pemeriksaan dan nasihat penjagaan kesihatan malah, sukarelawan turut berusaha mengisi rohani mereka dengan program-program keagamaan seperti zikir munajat dan doa sebelum berbuka, solat fardhu dan solat terawih berjemaah.
Tambah meriah pada malam yang sama, usai pemeriksaan kesihatan, staf dan mahasiswa USIM dari Kolej Kediaman Nilam Court dan Kolej Kediaman Sutera Indah telah bersama-sama dengan para sukarelawan untuk mengedarkan kit kebersihan dan makanan kering kepada warga jalanan yang berada di sekitar Jalan Tar.
“Sesungguhnya, sokongan dan semangat dari semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program sebegini. MCG juga amat berbesar hati mengajak rakan-rakan NGO, Syarikat Korporat, Pihak pentadbiran dan mahasiswa universiti untuk bersama-sama dalam menjayakan program-program kebajikan yang akan memberi manfaat kepada ummah.”
Segala perhatian dan sumbangan sahabat-sahabat semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Moga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat. Moga Ramadan kali ini akan menjadi Ramadan yang terbaik buat kita semua.
Nota:
Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang utk misi ini, boleh salurkan sumbangan melalui akaun kami seperti berikut:
Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia (Muslim Care Global)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816-8967
#MCGMuslimCareGlobal
#MCGCare4Ummah
#MCGKasihRamadan4Ummah
#MCGKasihRamadan4Malaysia
Disediakan oleh :
Muhammad Mujahid Yusup
Pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan