NILAI, 31 MEI 2014 – Majlis Perwakilan Pelajar USIM anjur program konvoi berbasikal, atau di beri nama humanity convoy 2014 dengan kerjasama Pusat Sukan USIM. Program julung kali dianjurkan MPP ini telah mendapat sambutan hampir 80 mahasiswa USIM dengan diiringi oleh Unit Kesihatan Pelajar.

Program ini bermula seawal jam 7 pagi dengan kayuhan bermula dari USIM sejauh 17KM ke sekitar Bandar Baru Nilai. Peserta berhenti di Taman Perumahan Desa Cempaka Puri dan Surau Ar Rahman Desa Cempaka Nilai  selama 3 jam untuk melakukan khidmat masyarakat iaitu membersihkan kawasan longkang, membersihkan pokok, menanam pokok, membersihkan kolah surau dan mengecat surau.

Menurut pengarah program saudara Aminurrasyid Sahrom, program seumpama ini telah lama dirancang, dan diadakan sempena Minggu Kemanusiaan pada minggu yang sama. Program ini adalah bagi membudayakan menjaga kesihatan dan menyemarak budaya berbasikal di USIM selain untuk menjaga alam sekitar ia juga bagi merapatkan ukhwah antara warga MPP dan pelajar bersama masyarakat komuniti.

“Walaupun minggu peperiksaan bakal menjelma, namun aktiviti mesyarakatan tetap diteruskan kerana program sebegini sememangnya mendekatkan diri kita kepadaNYA  menikmati dan menghayati pemandangan alam ciptaanNYA sambil bersukan dengan berbasikal, jelas Amin lagi”.

Ybhg. Prof Dato Dr Musa Ahmad Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa berkata, universiti sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti sukan seperti ini  dan perlu diketengahkan melihatkan semangat anak-anak muda yang cintakan arena sukan berbasikal, beliau berucap semasa majlis perasmian sebelum pelepasan konvoi berbasikal dilakukan.

Disediakan oleh:

Raihan Bt Nasir

Biro Sukan MPP USIM

Disemak oleh:

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)