NILAI, 22 APRIL 2015 –  Satu Muzakarah Wakaf Dan Baitulmal telah diadakan yang melibatkan seramai 118 pelajar Fakulti Ekonomi Dan Muamalat (Fem) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai Negeri Sembilan terdiri daripada pelajar khursus Pemasaran Dan Perkhidmatan Kewangan Dan Pentadbiran Dan Hubungan Korporat dengan Kerjasama Institut Pengurusan Harta Dan Kewangan Islam, USIM.

Program ini adalah bertujuan untuk memperkasakan konsep dan pelaksanaan semasa pengurusan da pembangunan wakaf, baitulmal dan faraid. Dengan itu, pihak penganjur telah menjemput wakil daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) encik Indera Shahril bin Mohd Shahid yang merupakan pengurus harta baitulmal bagi mengupas tentang halatuju & pembangunan baitulmal pada masa hadapan.

Dari itu, para pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara pengurusan baitulmal di malaysia. Menurut pensyarah kanan Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Hisham Sabri, program ini mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar tentang institusi wakaf dan baitulmal di malaysia dari segi pengumpulan sumber harta umat Islam dan sistem kaedah pengurusan pembangunan demi kemaslahatan ummah.

Diharap program muzakarah yang dilaksanakan ini akan dapat memberikan pendedahan industri kepada para pelajar dalam memperkasakan ilmu akademik berkaitan pengurusan harta umat Islam. Banyak perkara yang harus dilakukan oleh umat Islam masakini dalam menjana ekonomi umat Islam terutamanya melibatkan wakaf, baitulmal dan faraid. Ia bertujuan bagi meneruskan kelangsungan ummah di Malaysia.

Disediakan oleh:

Mufidatun binti Mohammad, Pengarah Program

Dikemaskini oleh:

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)