TOKYO, 8 April 2018 – Sekumpulan pelajar daripada pelajar tahun 3, Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berpeluang mengenali serta mempelajari budaya dan Bahasa Jepun melalui program “Kembara Lughah di Bumi Samurai”.

Melalui program yang berjalan selama 6 hari itu, pelajar USIM mengadakan lawatan mahabbah ke Universiti Teikyo Kampus Hachioji, Tokyo dan disambut baik oleh pelajar-pelajar di sana.

“Dalam program suaikenal ini, kumpulan pelajar Teikyo Universiti berpeluang mempelajari adat, budaya serta permainan tradisi Malaysia manakala pelajar Teikyo Universiti memberi pendedahan keistimewaan bahasa Jepun,” ujar Siti Hawa Abu Kashim, wakil kumpulan pelajar USIM.

Menurutnya, pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan melakukan aktiviti berkumpulan dan menerusi aktiviti ini mereka bertukar-tukar pelajaran dalam bahasa Jepun, bahasa Melayu dan bahasa Arab.

“Program ini dilihat dapat memberi ruang kepada pelajar untuk mengenali dan memahami budaya masing-masing. Ia juga merupakan satu pengalaman yang indah. Kami berharap program sebegini diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya mengakhiri perbualan.

 

Disediakan oleh:
Urusetia “Kembara Lughah di Bumi Samurai”
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)