NILAI, 1 Oktober 2019 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi Universiti Awam ke-9 bagi program Jelajah Kampus Rahmatan Lil ’Alamin oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) bertempat di di Dewan Kuliah Pusat 3.

Sesi ‘Dialog Menteri: Rahmatan Lil Alamin’ berlangsung selama hampir tiga jam dan pelajar berkesempatan bersoal jawab. Beliau berkata, setakat ini beliau menyampaikan penerangan mengenai dasar pentadbiran Islam baharu negara Rahmatan Lil Alamin dan menerima maklum balas yang sangat positif.

“Kita berharap untuk mengadakan majlis penerangan ini kepada 10 lagi universiti tahun ini di mana akhirnya kita hendak membentuk Majlis Perundingan Mahasiswa Rahmat (MPMR),” ucapnya.

“Kita telah menghubungi Kementerian Pendidikan dan mereka menyokong penubuhan MPMR sebab kita akan membantu membina kepimpinan di kalangan pelajar menerusi idea baharu ini dan kita mengharapkan mereka akan membawa gagasan ini,” ucapnya lagi.

”Sebagai penganjur, kita mengharapkan program seperti ini boleh merapatkan hubungan antara rakyat dan juga pemimpin negara seterusnya memahamkan rakyat berkaitan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan,” ujar Muhsin Hatmi Rosli, Yang Dipertua MPP USIM.

Tambahnya lagi, medium ini memberi pendekatan positif kepada mahasiswa dan mahasiswi lebih cakna terhadap isu-isu semasa khususnya disamping pelajar dapat mengeluarkan pandangan sendiri berkenaan dasar-dasar negara amnya. Dengan ini secara tidak langsung dapat mentransformasikan mahasiswa menjadi sarjana kompeten, berintelektual serta bernilai tinggi.

Disediakan oleh:
Siti Hajar Binti Mislan
Timbalan Setiausaha Agung
Majlis Perwakilan Pelajar USIM

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan