KUALA LUMPUR, 30 April 2018 – Buku terbitan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini berjaya memenangi Anugerah Buku Negara Kategori Anugerah Industri Buku 2018 iaitu Kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Pengajian Islam) yang bertajuk Pentafsiran Asnaf Zakat di Malaysia Mengikut Masa dan Tempat hasil penulisan Hasanah Abd. Khafidz.

Majlis anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) tersebut diadakan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Hadiah berupa plak dan sijil telah diterima oleh penulis sendiri dan Ketua Penerbit USIM, Puan Hariza Mohd Yusof selaku wakil penerbit. Majlis yang diadakan ini bertujuan mengahargai serta mengiktiraf sumbangan warga kerja di sebalik tabir industri perbukuan.

Mewakili USIM, Puan Hariza berkata kemenangan ini akan menjadi galakan dan dorongan buat penerbit dan penulis untuk terus menghasilkan karya yang bermutu tinggi untuk dijadikan bahan rujukan dan legasi warisan generasi akan datang.

“Buku yang memenangi anugerah di bawah Pengajian Islam ini membuktikan bahawa Penerbit USIM mampu menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti dalam bidang yang berkaitan untuk keperluan ummah,” tambahnya lagi

Sedikit perkongsian, buku tersebut membincangkan kaedah penilaian semula dan penyesuaian pentafsiran asnaf lapan di Malaysia dengan merujuk kriteria yang telah ditetapkan oleh para fuqaha agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat di

Penerbit USIM merupakan penerbit universiti di bawah Universiti Awam (UA) yang menerbitkan buku ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre. Salah satu bidang yang khusus adalah dalam bidang integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

Disediakan oleh:
Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204