NILAI, 4 Disember 2018 – Seramai lebih kurang 130 peserta hadir ke persidangan akademik Malaysia-Japan Historical Relation: From History to a New Kizuna yang diadakan di Le Meridien Hotel Putrajaya.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) sebagai penganjur utama mengambil langkah proaktif sebagai peneraju gandingan usahasama 8 entiti lain menyediakan platform untuk dialog intelek di pelbagai peringkat lapisan masyarakat untuk bersama dalam memberikan input dimensi baru dalam Dasar Pandang ke Timur yang akan diketengahkan semula oleh kerajaan kini.

Turut mendapat kerjasama dari institusi dan organisasi lain, iaitu Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya (AAJ, UM) , Pusat Bahasa Teikyo Malaysia (PBT), Japan Associates Degree, Malaysia-Japan Higher Education Program (MJHEP), Malaysia Japanese Language Instructors Society (MAJLIS), Alumni of Look East Policy Society (ALEPS), Omoiyari Institute (OI), Keiken Talk (KT), Katana Circle (KC) dan Cakap Jepun, Michi Global Resource (CJ).

Negara Jepun meraikan ulangtahun ke-60 hubungan diplomatik Jepun-Malaysia pada 2017. Perdana Menteri ke-7 Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, telah membuat kenyataan bahawa beliau akan melihat semula dan memperkukuhkan Dasar Pandang ke Timur sedia ada untuk memberi manfaat sebaiknya kepada kedua negara. Keputusan ini telah menarik perhatian ramai pihak.

Persidangan akademik ini menghimpunkan kepelbagaian ilmu, pengalaman dan pandangan berkaitan hubungan Malaysia-Jepun; dari sudut sejarah, masa kini dan masa hadapan dan ia merupakan program daripada Siri ke-4 yang direncanakan melalui Projek Wacana Malaysia-Jepun 2018.

Program Siri/1 telah diadakan untuk memupuk pemahaman berkaitan budaya dan nilai masyarakat Jepun. Siri ini disasarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia, sebagai platform permulaan dalam melihat hubungan Malaysia-Jepun dari sudut sejarah, masa kini dan akan datang. Program Siri/2 pula program education camp for Japanese Higher Education preparatory program yanf diadakan di Beranang. Program Siri/3, dianjurkan dalam bentuk Ceramah Umum untuk golongan pelajar di institusi pengajian tinggi. Ia menyediakan satu wadah wacana bersama golongan muda untuk menggalakkan mereka mengenali cara-kerja yang terbaik daripada negara Jepun yang boleh dipraktikkan di Malaysia di masa akan datang.

Program Siri/4 ini pula merupakan penutup siri-siri program yang direncanakan bagi tujuan memberikan dinamika kepada hubungan dua-hala Malaysia-Jepun ini, yang menggabungkan perspektif dari sudut sejarahnya, potensi masa kini dan masa akan datang.

Objektif yang ingin dicapai melalui persidangan ini adalah bagi mengkaji sejarah hubungan Malaysia – Jepun, menyediakan ruang untuk dialog dan diskusi ilmiah mengenai hubungan Malaysia – Jepun, menambah baik kefahaman masyarakat mengenai nilai-nilai etika dalam masyarakat Jepun dan memberikan input dan cadangan dimensi baru untuk rujukan penambahbaikan Dasar Pandang ke Timur.

Persidangan ini memaparkan satu Sidang Plenari (Plenary Speech) dan lima pembentangan-TED (TED presentations), yang mengetengahkan aspek-aspek kritikal berkaitan:

Menurut Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor  melalui format TED-Presentations ini, penceramah yang dijemput adalah pakar dalam bidang mereka iaitu dari segi pendidikan, sains dan teknologi, media dan industri 4.0. juga antara penceramah yang hebat ialah Profesor Tan Sri Dzulkifli Abd Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Profesor Hisao Takekuma dari Kyushu University, Jepun; Dr. Mohd Zulkefeli Mat Jusoh (Universiti Perubatan Antarabangsa, IMU); Dato ‘Zulkifli Abd Malek (Pusat Bahasa Teikyo); Encik Zulfiqar Zainuddin (ALEPS) dan Encik Edward Lee (Yayasan Jepun Kuala Lumpur). Di samping itu, sesi perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua, terutamanya pelajar dari program persediaan ke universiti Jepun kerana mereka bersedia dengan pengetahuan sejarah mengenai hubungan dua hala antara kedua negara ini.

”Persidangan ini menyediakan pentas dialog di pelbagai peringkat untuk memastikan aspirasi negara untuk pembudayaan positif  demi  memacu pembangunan negara berlaku. Persidangan ini juga dilihat mampu memberi input positi kepada kerajaan dalam memperkasakan Dasar Pandang ke Timur yang telah berjalan selama hampir 37 tahun. Tahun ini juga merupakan tahun ke 60 hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun dan ini adalah merupakan peluang kemuncak untuk melihat sejarah hubungan dua hala ke dua negara ini melalui pelbagai aspek”, tambah Dato Musa.

”Wacana Malaysia-Jepun (MAJA) dibentuk apabila YAB Perdana Menteri menzahirkan keperluan menghidupkan semula Dasar Pandang ke Timur, di Persidangan Nikkei dan lawatan beliau ke Jepun pada bulan Mei 2018. Wacana MAJA merangkumi siri-siri program iaitu: satu program “online”/atas talian dan 4 program yang dilangsungkan di lokasi-lokasi yang terpilih. Ia merupakan satu penganjuran yang mencabar bagi pihak saya dan ahli-ahli penganjuran kami disebabkan masa yang agak suntuk. Walau bagaimanapun, kami berasa bangga kerana telah berjaya sampai kepada ribuan peserta (“atas talian” dan semuka) melalui siri-siri program yang diaturkan ini”.

”Berharap wacana hubungan Malaysia dan Jepun dizahirkan dan dikongsi bersama seramai yang boleh. Nilai positif masyarakat Jepun telah menggerakkan kemajuan rakyat dan negaranya selepas Perang Dunia ke-Dua. Keutuhan etika dan integriti di dalam budaya bekerja rakyat Jepun telah menyumbang kepada kejayaan negara Jepun. Malaysia adalah sebuah negara yang amat unik dan berbilang bangsa. Tiga dari empat siri program didedikasi kepada golongan muda, rakyat Malaysia ini yang akan mewarisi negara tercinta ini. Di era Malaysia baru ini, Wacana MAJA dibawa kepada semua rakyat Malaysia, untuk satu  perkongsian sejarah hubungan Malaysia-Jepun; bagi mempelajari daripada kisah silam, untuk memikirkan masa kini, demi masa depan yang lebih jelas dan positif”.

”Ia mensasarkan ahli akademik, penyelidik, penggubal polisi, pemikir dasar dan pentadbir dalam bidang berkaitan Malaysia dan Jepun selaku pembentang kertas kerja dan penceramah jemputan daripada Jepun. Ianya terbuka kepada semua ahli akademik, badan-badan NGO/ NPO yang terlibat dengan kerjasama Malaysia-Jepun dan juga pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan mana-mana pihak yang berminat dengan Dasar Pandang ke Timur” jelas Dr Zoraida Mustafa selaku Pengarah projek.

Majlis turut melancarkan buku bertajuk Razak Sensei Pemangkin Jalinan Malaysia-Jepun dalam bahasa jepun ( buku asal dalam Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ). Pelancaran dirasmikan oleh Minister Hiroyuki Orikasa, Timbalan Ketua Misi Kedutaan.

Buku ini diterbitkan oleh Penerbit USIM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan juga Japan Foundation dengan penambahan bab baru hasil temu bual Puan Hariza bersama Prof. Dr Kazuko Oniki; dean, SANNO University,  dan Prof. Dr Taiji Hotta dari Hiroshima University.

Menurut Puan Hariza Ketua Penerbit USIM, kerjasama ini dibuat untuk mewujudkan jaringan penerbitan yang lebih mantap dengan pihak penerbit di Jepun, apatah lagi figura yang dibukukan seorang rakyat Malaysia yang bukan sahaja mempunyai jalinan yang kuat dari segi sejarah tetapi juga berkaitan hubungan diplomatik yang panjang dalam memberikan nilai dasar pandang ke timur Malaysia  ke Jepun.

”Buku ini sangat tepat diterbitkan dalam kerancakan hubungan Malaysia dan jepun sekarang dari segi nilai penerbitan buku yang harus diketahui oleh rakyat Malaysia dan juga Jepun”.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman,Timbalan Naib Canselor USIM (Akademik dan Antarabangsa) dan Prof. Dato Dr Roshada Hashim Timbalan Naib Canselor USIM (Penyelidikan dan Inovasi).

 

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032