Nilai, 25 Mac 2009 – Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) sekali lagi menganjurkan ‘Graduate Student Seminar’ buat kali ketiga. Program yang merupakan acara tahunan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa USIM.

Hampir 80 orang peserta telah menyertai seminar ini.  Sebanyak 12  hasil penyelidikan telah dibentangkan. Pembentangan kertas kerja dinilai oleh juri profesional yang terdiri dari profesor dan pensyarah USIM dari fakulti mengikut kepakaran masing-masing.

Pembentangan terbaik penyelidikan pelajar turut diadakan. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Doktor Falsafah (Bahasa Arab), Doktor Falsafah (Bahasa Inggeris) dan Sarjana (Bahasa Inggeris).

Bagi Kategori Doktor Falsafah Bahasa telah dimenangi oleh En. Ahmad Hikmat Shaker, pelajar program Doktor Falsafah Da’wah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Untuk kategori Doktor Falsafah (Bahasa Inggeris) telah dimenangi oleh En. Jaspal Singh, pelajar program Doktor Falsafah Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Puan Norhidayah binti Ibrahim, pelajar program Sarjana Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat telah memenangi kategori sarjana (Bahasa Inggeris)

Seminar ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar siswazah membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan penyelidikan mereka dan seterusnya mendapatkan pandangan penyelia dan peserta lain mengenai penyelidikan mereka. Turut hadir Prof. Dr. Bachok M. Taib, Dekan Pusat Pengajian Siswazah.

Oleh :
pro@usim.edu.my
06-7988025/8026