NILAI, 3 Ogos 2020 – Program Ibadah Korban 1441H peringkat USIM telah sempurna dilaksanakan di Komplesk Islam Tuanku Muhriz mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Program yang diketuai oleh Pusat Islam ini, turut mendapat kerjasama dari Jabatan Keselamatan, staf serta wakil persatuan pelajar. Turut serta dalam aktiviti pengagihan daging dan memasak, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM Prof. Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban.

Menurut Pengarah Pusat Islam Encik Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, proses penyembelihan telah dilakukan di Kompleks Rumah Sembelih Gemencheh sebelum dibawa ke USIM untuk proses pengagihan daging dan memasak.

”Kita sedia maklum atas faktor Covid ini. penyertaan korban kali ini kita terpaksa hadkan kepada dua ekor lembu sahaja, walaupun kita menerima permintaan penyertaan yang banyak. Namun, memandangkan sukarelawan dan SOP yang ketat hanya penyertaan yang terawal sahaja diterima”.

”Alhamdulillah walaupun ini merupakan kali pertama proses penyembelihan dibuat di luar USIM dan proses pengagihan berjalan lancar kepada golongan asnaf sekitar USIM”.

Bagi Dr Anvar Narzullaev berasal dari Uzbekistan, beliau merupakan pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi USIM yang menyertai bahagian dan menjadi sukarelawan sejak empat tahun lepas.

”Menariknya sambutan ibadah korban di Malaysia berbanding negara saya adalah, di Malaysia ibadah korban ini diraikan secara ’jemaah’ sebagai satu keluarga bersama komuniti. Di Uzbekistan, acara korban ini dilakukan di rumah bersama ahli keluarga dan rakan sahaja. Saya berasa gembira kerana dapat turut serta dan ia merupakan program yang penting bagi saya kerana kami tiada keluarga di sini, dengan sambutan begini dapat merasai program kekeluargaan ini di Malaysia”, tambah beliau lagi.

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan