NILAI, 6 September 2019 – Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2019 telah dihadiri lebih 2400 pelajar yang bertempat di Dewan Tuanku Canselor.

Bertemakan “Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih” majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) selaku urus setia Sambutan Bulan Kebangsaan USIM 2019. Diharapkan agar semua pihak terutamanya pelajar USIM merenung kembali dan menghargai nikmat kemerdekaan dan menyeru semua agar mempraktikan amalan baik untuk menjadikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman,” Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani.

Dalam majlis yang sama, turut diadkan perkongsian pengalaman tokoh pejuang tanah air iaitu YBhg. Brig. Jen. Datuk Abdul Latif Ahmad (Bersara), Komandan Malaysian Batalion ketika misi pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia pada 1993 dan Konfrontasi Indonesia 1963, Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 dan Darurat Kedua 1974 – 1989.

“Menjaga dan mengawal keamanan negara bukan sahaja tugas tentera tetapi ia merupakan tugas semua rakyat Malaysia”, ucap YBhg. Brig. Jen. Datuk Abdul Latif Ahmad (Bersara).

Pelbagai acara telah dirancang sepanjang tempoh sambutan ini. Di antaranya ialah Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan, Khutbah Jumaat Edisi Bulan Kebangsaan, Bicara Bulan Kebangsaan, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Puisi Merdeka Pena, Kata Dalam Irama (KADI) dan Perarakan Khas Sambutan Bulan Kebangsaan.

Majlis pada malam itu turut dihadiri oleh beberapa wakil Pengurusan USIM iaitu Dr. Hayati Ismail, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik dan Dato’ Mohd Abd Rasid bin Mohd Fadzil, Bendahari USIM.

Disediakan oleh:
Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan