BANGI, 18 MAC 2015 – Kelab Enactus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Projek Golden Oil telah mengadakan lawatan ke Uni10 Energy Sdn.Bhd yang terletak di Bandar Baru Bangi untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara dua pihak di samping untuk mengetahui secara lebih dekat mengenai operasi pemprosesan minyak masak terpakai dan menambah pengetahuan tentang biodiesel.

Projek Golden Oil adalah salah satu projek yang dijalankan di bawah Kelab Enactus Usim.Projek Golden secara umumnya adalah projek yang menumpukan kepada penjanaan pendapatan disamping memelihara alam sekitar melalui mengumpul minyak masak terpakai dan memproses minyak terpakai kepada biodiesel. Selain dapat menjaga kebersihan alam sekitar daripada tercemar, projek ini juga dapat menjana ekonomi masyarakat setempat kerana setiap seliter minyak yang dikutip akan dibayar.

Menurut pengarah projek lawatan ke Uni10 Energy Sdn.Bhd ,Ahmad Mahdiyuddin bin Abdul Manan, projek sedemikian amatlah penting dalam menjaga alam sekitar di samping menjana ekonomi dikalangan msyarakat setempat khusunya yang berpendapatan rendah . Tambahnya, program lawatan kerjasama berkenaan amatlah penting untuk membantu para pelajar khususnya ahli kelab Enactus USIM untuk mengetahui cara minyak terpakai diproses menjadi biodiesel justeru itu dapat memelihara alam sekitar dari pelbagai pencemaran akibat pembuangan terus minyak masak terpakai ke dalam longkang.

“Perkara ini amatlah penting supaya projek ini dapat diteruskan secara berpanjangan dan dapat dibesarkan skalanya. Setakat ini, Kelab Enactus USIM telah menjalankan empat projek utama iaitu, Projek Golden Oil, Projek Musaceae, Projek Financial Literacy dan Projek Claridae. Setiap projek diperkenalkan dan diurus secara bersama antara Kelab Enactus, Universiti Sains Islam Malaysia dan penduduk setempat dengan tujuan utamanya adalah untuk membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan ekonomi, social dan alam sekitar”, jelas Mahdiyuddin.

Menurut Presiden Kelab Enactus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) , Aiman Bin Ahmad, beliau amat berharap agar setiap projek yang dijalankan dapat memberi kesan yang positif kepada semua di samping dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Selain itu, diharap semua pihak dapat memberi sokongan dan bantuan demi membantu masyarakat.

Disediakan oleh:

Nur Raishah Abdul Rashid, AJK Perhubungan Awam

Dikemaskini oleh:

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204