NILAI, 27 Januari 2021 –  Bagi menggapai hasrat universiti dalam merealisasikan konsep prosumerisme yang telah digarap oleh Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2020, 9 sasaran telah digariskan dalam Majlis Amanat 2021 Naib Canselor yang bersiaran secara langsung dalam saluran Youtube USIM TV pada 27 Januari 2021.

Dengan bertemakan Prosumer Muslim Yang Berdisiplin, beberapa pendekatan iaitu sasaran tahunan telah dibangunkan iaitu Pertama: Menghayati Inaq sebagai Manifestasi DNA USIM dengan memastikan semua warga USIM mempraktikkan apa yang dimaksudkan ilmu Naqli dan Aqli dengan melancarkan Booklet inaq dan smart inaq. Ini baagi menzahirkan apa yang difahami dari segi pengintegrasian dalam individu itu sendiri tidak kira pangkat.

“Kedua, Autobiografi/Biografi/ Memoir Professor USIM. Dalam konteks untuk merealisasi knowledge sharing dengan dimulakan dengan pakar di kalangan prosefesor USIM dengan menulis autobiografi/ memoir usim. Kerjsama ini akan digabungkan bersama USIM Writers Pool untuk berkongsi ilmu pengalaman yang tersirat menjadi ilmu yang tersurat”.

“Ketiga, Pembudayaan Personal Tutelage. Dengan memberikan ‘learning experince’ kepada pelajar dengan membimbing pelajar itu dengan personaliti, karakter, bagi memacu kecemerlangan akademik”.

“Keempat, Kempen Kebersihan Kita Untuk Kita. Melalui projek PTj Lestari, pelaksanaan pembudayaan praktis kelestarian di tempat kerja adalah bertujuan untuk membudayakan amalan murni ke arah gaya hidup lestari di tempat kerja, pematuhan polisi dan merealisasikan inisitif program di dalam Blueprint Kelestarian USIM. Selain itu, menjayakan inisiatif yang terkandung di dalam instrument UI Greenmetrics ke arah pencapaian USIM dalam World University Ranking dengan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan mengurangkan kos pengurusan dan utility”.

“10 skop Blueprint Kelestarian USIM adalah Biodiversiti Landskap, Pengurusan Air, Pengurusan Sisa, Pengurusan Tenaga, Pengurusan Sistem Pengangkutan, Perolehan Hijau, Pejabat Hijau, Bebas Halangan Dan Diskriminasi, Pengurusan Sumber Manusia, Pendidikan Pembangunan Kelestarian”.

Seterusnya, Penawaran Kursus-Kursus Pendek Yang Berimpak, sebanyak 50 kursus telah disenaraipendekkan untuk tujuan tersebut.

Keenam, Alumni: menggapai #USIMBerjanjiPadaIbunda dengan penampilan imej baharu laman web alumni dengan menaiktaraf pangkalan data alumni melakukan ‘engagement’ yang berterusan dengan mereka.

Ketujuh, Promosi menambah pelajar antarabangsa, dengan memfokuskan kepada pelajar Cambodia.

Kelapan, USIM Students Learn More Make More and Share More. Dengan konsep prosumerisme yang diperkenalkan, ia sangat sinonim dengan keusahawanan. Para pelajar bukan sahaja menjadi pengguna, mereka juga boleh menjadi pengeluar dengan penghayatan Inaq dalam diri individu pelajar itu sendiri. Dengan konsep prosumerisme ini diharapkan akan membawa universiti ke peringkat yang lebih tinggi.

Yang terakhir, USIM Leadership Upskilling, bagaimana meningkatkan keupayaan staf pentadbir , akademik, dan staf sokongan untuk menjadi seorang pemimpin, dengan mendidik dan menggilap kemahiran seseorang individu itu.

“Dengan melakukan tranformasi untuk membawa universiti ini ke tahap yang membanggakan,  pertama adalah memperkukuhkan asas-asas yang belum selesai, memikirkan garis panduan memantapkan penoperasian dan keberkesanan di setiap PTj”.

“Ke arah merealisasikan kampus barakah ini, tiga perkara perlu dibuat dan dilakukan bersama dengan berganding bahu iaitu melakukan perubahan dalam proses, perubahan seseorang, dan perubahan budaya”, ujar beliau lagi.

Prof Dato’ Dr Ridza menambah lagi, secara ringkasannya dengan sasaran tahunan ini diunjurkan kepada 5 Teras Strategik Misi Usim 2022. Dengan itu mudah untuk kelima-lima peneraju teras yang ini untuk bertindak bagi merealisasikan ianya tercapai.

Mereka adalah Teras Graduan & Alumni yang diterajui oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pelajar Prof Madya Dr. Mohd Rushdan Jailani, Teras Pelajar yang diterajui oleh Timbalan Naib Akademik dan Antarabangsa Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, Teras Libatsama Masyarakat yang diterajui oleh Penolong Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pengantarabangsa Prof Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Teras Kelestarian Kewangan yang diterajui oleh Penolong Naib Canselor Penjanaan dan Kelestarian Kewangan Prof. Madya Dr. Asmaddy Haris dan  Teras Pengiktirafan yang diterajui oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof Dr Mohammad Hamiruce Marhaban.

“Sangat bertepatan dengan moto USIM iaitu Berilmu, Berdisipilin, dan Bertakwa. Tahun ini kita fokus dengan konsep berdisiplin. Bagimana kita mahu membawa konsep itu ke dalam individu dan organisasi, seterusnya merealisasi untuk mentrasformasi universiti ini menjadi Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi”, jelasnya.

 

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan