Buat julung-julung kalinya Jabatan Bendahari telah mengadakan Retreat dan Pemurnian Operasi Jabatan Bendahari bagi tahun 2009 bertempat di Colmar Tropicale, A French-Themed Resort Bukit Tinggi, Pahang.
Program yang bermula dari 27 Februari hingga 1 Mac 2009 ini bertujuan untuk melihat semula keseluruhan operasi dan prosedur kerja di Jabatan Bendahari. Ia juga untuk mengenal pasti masalah dan membincangkan kaedah yang berkesan dalam mengatasi setiap masalah. Di samping itu mengenal pasti mekanisme terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan iaitu kakitangan USIM, pelajar dan pembekal.
Sepuluh bahagian di Jabatan Bendahari yang terlibat dalam program ini antaranya ialah bahagian belanjawan, gaji/SLAB, pengurusan aset dan inventori, perolehan dan bahagian kewangan korporat serta penjanaan pendapatan.
Oleh :
pro@usim.edu.my
8025/8026/8028