NILAI – Siri 2 Walkathon 10,000 langkah yang akan diadakan pada 25 April ini diharapkan dapat memupuk minat dan menarik lebih ramai lagi warga USIM untuk turut serta menjayakan program  kesihatan ini.

Menurut Dr. Mohd Hairulhisyam Ngatiman, Pegawai Perubatan YM, Unit Kesihatan pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Program walkalthon siri 1 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Sukan pada 28 Mac yang lalu.

“Kita mensasarkan penyertaan yang lebih ramai lagi khususnya warga USIM sendiri supaya turut serta di dalam program sihat seperti ini” ujar beliau.

“Walkathon 10,000 langkah yang dirancang pada setiap hari rabu keempat setiap bulan  ini merupakan wadah dan pencetus cara hidup yang lebih sihat serta sempurna” tambah beliau lagi.

Menurutnya lagi, walkalthon 10,000 langkah ini adalah senaman berjalan kaki sejauh 6 km di sekitar kampus USIM yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga mencapai jarak 6 km yang disasarkan dalam masa terdekat dan secara ukuran realiti program ini  akan memberi impak yang besar kepada kesihatan warga USIM.

Unit Kesihatan Pelajar (UKP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada  warga USIM yang turut serta dalam program ulung walkalthon 10,000 langkah pada Mac yang lalu dan mengalu-alukan penyertaan seluruh warga USIM pada 25 April ini di Kompleks Sukan Tunku Najihah. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Unit Kesihatan Pelajar di talian 06-7986115

Oleh:
Unit Kesihatan Pelajar.