NILAI, 17 November 2019- Anugerah pelatih terbaik keseluruhan bagi Universiti Sains Islam Malaysia dianugerahkan kepada Pegawai Bantuan Siswa Abdul Salam Ahmad bersempena Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siswa Universiti Awam 2019 di USIM.

Kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh Abdul Salam sepanjang sesi latihan bersama Bomba dan Penyelamat Nilai membuktikan bahawa beliau menepati kriteria yang diperlukan oleh seorang anggota bomba.

Pegawai Bomba dan Penyelamat  Nilai, Mohamed Farith bin Ahmad berkata, Salam memang ada ciri-ciri seorang anggota bomba yang mempunyai fizikal dan kecergasan yang sangat b aik.Selain siapsiaga menerima arahan, beliau juga seorang yang lasak dan sedia berdepan perkara yang tidak dijangka.

“Bagi saya, sejujurnya dia dah laksanakan tanggungjawab sebagai seorang ketua dan komitmen 110% yang diberikan dalam membimbing rakan-rakan yang lain dari segi fizikal dan moral cukup menunjukkan bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang baik.”, tambah Farith.

“Saya sangat berterima kasih kepada cikgu-cikgu kerana memberi kepercayaan pada saya sepanjang 3 sem sebagai ketua kohort 2 Kor Siswa Bomba”,kata Abdul Salam Ahmad.

“Memang saya tidak pernah menyesal masuk Kor Siswa Bomba dari dulu dan saya rasa anugerah ini bukan untuk saya tapi untuk semua jurulatih yang dah membentuk saya dan rakan-rakan lain sehingga ke tahap ini”.

Seramai 168 pegawai bomba bantuan menamatkan latihan bersama Bomba dan Penyelamat Malaysia pada hari tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  YAS Dato’ Mohammad Hamdan bin Haji Wahid turut hadir bagi merasmikan majlis tamat latihan pada hari itu.

 

Disediakan oleh:
Fatin Nur Aqilah bt Isa
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

 

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan