Nilai, 16 Mac 2009 – Seramai 75 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tumpat, Kelantan telah mengadakan lawatan ke USIM. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 6, 5 dan 4.

Antara objektif lawatan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai USIM di samping mengetahui syarat-syarat kemasukan USIM.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Yusrina Mohd Yunus, Penolong Pendaftar Unit Perhubungan Awam, tayangan video korporat dan taklimat akademik oleh Puan Monaliza Laudang, Timbalan Pendaftar Akademik USIM.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenangan dan jamuan.

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8028