NILAI, 14 April 2021 – Pengorbanan seorang kakak demi adik tersayang, tangguhkan niat untuk mencari kerja luar demi menjaga adiknya yang sakit. Nur Azyan Lina Normisyidi, 25, graduan Ijazah Sarjana Muda  Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat kini bekerja sebagai ejen dropship beberapa produk sambil menjaga adik lelaki yang berusia 18 tahun yang disahkan menghidap kanser limfoma tahun lepas.

“Ibu dan Ayah merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Jeram, manakala kakak pula sedang sambung pengajian Doktor Falsafah di UTM. Selepas tamat Latihan industri, saya menjaga adik di rumah kerana beliau memerlukan penjagaan yang rapi dari segi pemakanan dan penjagaan seharian”.

“Kalau ikutkan saya memang merancang untuk mencari pengalaman kerja seperti orang lain, cuma saya masih tunggu masa yang sesuai”, ujarnya.

Azyan juga baru selesai  mendermakan stem sel darah  pada bulan lepas kerana dalam ahli keluarga stem sel beliau yang serasi dengan adiknya. Beliau turut memohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan adiknya  Ataullah Normisyidi dapat sembuh sepenuhnya. Semoga Azyan terus maju dalam meneruskan perjuangan untuk menempuh dunia luar selepas ini.

Seramai 2,686 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang tertangguh majlis konvokesyen mereka pada tahun lalu kerana penularan pandemik COVID-19 akhirnya diraikan Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-18 secara hibrid selari dengan norma baharu bagi mengekang penularan COVID-19 berlangsung selama dua minggu bermula 6 April berakhir 18 April 2021 Ahad ini bertempat di Dewan Tuanku Canselor.

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan