Nilai, 10 April 2009 – Pusat Kokurikulum Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan dialog ‘Community Policing’ di antara Balai Polis Nilai dengan warga USIM dan masyarakat setempat. Program dialog ini adalah rentetan dari dialog pertama yang telah diadakan pada hujung tahun 2008 di Balai Polis Nilai.

Dialog ini diketuai oleh YDH SAC 1 Dato’ Osman bin Hj. Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan. Turut hadir ACP Saiful Azly bin Hj. Kamaruddin, Ketua Polis Daerah Seremban, Pegawai-pegawai Kanan PDRM Daerah Seremban dari cawangan jenayah, narkotik dan trafik serta Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Naib Canselor USIM.

Menurut YDH SAC 1 Dato’ Osman bin Hj. Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, salah satu konsep Policing Community ini, setiap masyarakat perlu mengenali antara satu sama lain dan mengamalkan sikap bekerjasama dengan penduduk setempat.

Hampir 60 tetamu jemputan yang terdiri dari Kolej Antarabangsa Nilai, Kolej Inti, Kolej Kejururawatan Murni dan Persatuan Penduduk Setempat menghadiri majlis dialog tersebut.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan USIM dengan komuniti melalui dialog di samping memberi peluang berinteraksi secara terus dengan Ketua Polis Daerah Seremban dalam usaha menangani isu jenayah, kadar kemalangan dan lain-lain yang berkaitan dengan masalah masyarakat setempat.

Oleh :

pro@usim.edu.my

Tel : 06-7988025/8026/8027