Pada 7 November 2008, USIM telah mengadakan majlis penutup untuk Kursus Imam Muda Negara China di USIM. Kursus Imam Muda Negara China kali ke-3 dijalankan pada 13 Oktober hingga November 2008 dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Pada Perkiraan sebenar, kursus ini dijalankan selama enam bulan di Malaysia di beberapa buah IPT iaitu Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Darul Iman, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan destinasi terakhir adalah USIM. Seramai 29 peserta Imam Muda Negara China diraikan. Kebanyakan peserta berasal dari Gangsu, Yunnan, Jiang xi dan lain-lain. Rata-rata peserta berumur dari 22 hingga 44 tahun.

Sebelum ini pada tahun 2006 dan 2007, USIM telah berjaya menganjurkan kursus selama sebulan untuk imam-imam muda Negara China. Bagi meneruskan usaha USIM memberikan sumbangan kepada umat Islam seluruh dunia, maka pihak USIM sekali lagi bersetuju menjadi penganjur untuk ursus Imam Muda Negara China buat kali ke-3. Kursus-kursus yang diajar kepada mereka adalah ‘Principle of Islamic Law-Usulfiqh & Fiqh, The Concept of Knowledge in Islam, Muslim Morality, Islamic Aqidah dan Islamic Contemporary World.

Oleh :
Unit Perhubungan Awam
pro@usim.edu.my