Nilai, 19 Mac 2009 – Pelaksanaan Program Ikon Usahawan merupakan satu usaha dalam memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai peluang dan ruang kerjaya dalam bidang keusahawanan yang terdapat di Malaysia.Selaras dengan itu, pihak USIM dengan kerjasama Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI) berhasrat menganjurkan Program Ikon Usahawan yang julung-julung kalinya diadakan. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DAMAI, Y. Brs. En. Amran Zakaria.
Antara objektif program ini adalah untuk memperluaskan jaringan perhubungan kepada mahasiswa mengenai peluang kerjaya yang terdapat di Malaysia secara langsung melalui program ini dan melahirkan usahawan-usahawan daripada mahasiswa yang profesional demi mengharungi arus globalisasi semasa. Di samping itu menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk memastikan kejayaan mahasiswa dalam bidang profesional.
Oleh :
pro@usim.edu.my
8025/8026/8028