NILAI, 1 Disember 2018 – Musim cuti sekolah telah bermula, Pusat Islam dengan kerjasama Klinik Pakar USIM dan Pusat Kesihatan Universiti mengambil inisiatif menganjurkan program Khatan Perdana yang diadakan di Klinik Pakar USIM yang terletak di Nilai Square hari ini.

Dengan tema ‘from zero to hero’ program disertai seramai 34 kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun ini turut meraikan anak-anak asnaf seramai 15 orang dari sekitar Nilai yang diberi perkhidmatan berkhatan secara percuma dengan menggunakan tabung Tabarruq USIM.

Majlis dimulakan dengan sesi motivasi kesihatan kepada kanak-kanak ini telah disampaikan oleh Dr Nik Shafikudin Md Tajuddin sebelum majlis bersiram dimulakan dengan anggota bomba Nilai dan rombongan berkhatan dibawa dengan menaiki bas USIM ke Klinik Pakar.

Seramai 4 pegawai perubatan USIM yang terdiri dari Prof Madya Dr Affirul Chairil Ariffin, Dr Nurul Nadia Jamaluddin, Dr Arief Hamid dan Dr Mohamad Farhan Mohamad Yusoff mewakafkan kepakaran mereka untuk kanak-kanak yang dirai hari ini.

Menurut Prof Madya Dr Affirul Chairil Ariffin, kanak-kanak ini merasa gembira dan tidak gentar kerana masing-masing bersama kawan-kawan lain untuk berkhatan sama”.

“Semoga program ini dapat diadakan secara berterusan dan sumbangan dari orang awam dimanfaatkan untuk membantu mereka yang memerlukan”, ujar Dr Affirul.

 

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032