Ampang, 14 Januari 2009 – Hospital Ampang, Selangor merupakan salah satu hospital di mana para pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM menjalani latihan praktikal. Sehubungan dengan itu satu lawatan kerja oleh Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin telah diadakan anjuran Pusat Perkembangan Strategik dan Hubungan Korporat dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dibantu oleh Unit Sekretariat Pendakwah Muda.

Program Khidmat Masyarakat dan lawatan kerja ini merupakan salah satu program yang dicadangkan bersempena Majlis Konvokesyen keenam USIM yang telah berlangsung pada 20 Disember 2008 yang lalu. Antara objektif program ini adalah menzahirkan keprihatinan Pihak Pengurusan Universiti kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memupuk nilai-nilai murni dan integriti di kalangan kakitangan USIM.

Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin turut mengadakan lawatan ke wad pediatrik dan wad ortopedik. Beliau turut menyampaikan sumbangan hamper dan cenderahati kepada pesakit-pesakit wad berkenaan.

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 8025/8026