NILAI, 8 Julai 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) perluas jalinan kerjasama dalam bidang kewangan Islam bersama Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) melalui satu majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) yang berlangsung di Lounge Canselori.
USIM diwakili oleh Naib Canselor Prof. Dr Mohamed Ridza Wahiddin disaksikan oleh Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Prof. Dato Dr. Mustafa Mohd Hanefah. Manakala IBFIM diwakili oleh Tuan Yusry Yusoff Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM dan disaksikan oleh Tuan Haji Mohammad Khairi Saat Ketua Pembangunan Bakat dan Latihan IBFIM.
Melalui perjanjian ini, penawaran program Certified Profesional Shariah Auditor (CPSA) akan dibangunkan oleh kedua-dua pihak yang dijangka berlangsung selama 3 tahun.
Menurut Prof. Dr. Zurina Shafii, Profesor Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM dan IBFIM telah bekerjasama dari awal lagi dalam menjayakan beberapa program. Antaranya, seramai 31 orang peserta telah Berjaya menamatkan program CPSA ini yang terdiri daripada ahli-ahli Association of Malay Chartered Accountants Malaysia (AMCAF) dan juga pelajar tahun akhir dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM 2019.
“Program CPSA ini merupakan kajian berkenaan audit shariah yang dilaksanakan oleh sebuah pasukan kajian di bawah Kluster Accounting, Auditing and Governance in Islamic Institutions (AAGII) yang di selia dibawah Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM sejak tahun 2009 lagi. Melihatkan kepada potensi bidang audit shariah, AAG11 yang diketuai oleh Prof Dato Dr Mustafa Mohd Hanefah telah mengorak langkah dengan memperkenalkan silibus pengajian audit shariah bagi program-program prasiswazah di bawah FEM bermula 2010. Ini disusuli oleh penerbitan buku ilmiah pertama berkenaan audit shariah terbitan USIM yang diberi nama Governance & Shariah Audit in Islamic Financial Institutions pada tahun 2012”, tambah Prof Zurina lagi.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan