NILAI, 14 SEPT 2016 – Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini yang diadakan di perkarangan Dataran Selera Pusat Komersil USIM.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Islam Dr Noorjihan Ja’afar, program ini adalah salah satu program utama dibawah Pusat Islam dan kerjasama dengan Jabatan Keselamatan USIM. Aktiviti melapah dijalankan secara gotong royong dan  juga melibatkan beberapa sekretariat-sekretariat dibawah Pusat Islam iaitu Sekretariat Pusat Islam (SPI),Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM) dan Sahabat YADIM USIM dan dibantu oleh Majlis Pewakilan Pelajar USIM, PALAPES USIM dan SUKSIS USIM.

“Tahun ini disambut secara sederhana dan agihan daging korban disedekah kepada staff-staff USIM, pelajar-pelajar USIM, pekerja kontrak di USIM, penduduk sekitar dan juga kepada rumah anak yatim iaitu di Rumah Anak Yatim Barakoh Kampung Ginching dan pembahagian daging korban disampaikan oleh Dato’ Mohd Abd Rasid Bin Mohd Fadzil Bendahari USIM”.

“Alhamdullilah, sambutan adalah seperti tahun-tahun sebelumnya tetapi ianya tetap menjadikan Program Ibadah Korban dan Aqiqah USIM sebagai salah satu program yang dapat mengeratkan silaturahim diantara Staff-staff USIM dan juga para pelajar kerana ianya satu program sukarelawan yang dijalankan secara gotong-royang dari awal sehingga ke akhir program”, jelas Dr. Noorjihan lagi.

Aktiviti menyediakan bahan masakan telah dilakukan pada sebelah malamnya sebelum aktiviti memasak 2 periuk sup “gearbox” dan sekawah gulai dilakukan setelah selesai proses melapah dan dihidangkan kepada Staf dan pelajar USIM.

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204