NILAI, 8 Ogos 2018 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lancar dua buku bertajuk ‘Asia 2038: Ten Disruptions that Change Everything’ dan ‘Transformation 2050: The Alternative Futures of Malaysian Universities’ bertempat di Borders Bookstore Mesamall, Nilai.
Buku ini ditulis oleh Profesor Sohail Inayatullah, penyandang Kursi UNESCO Future Studies USIM yang diletakkan dibawah Institusi Sains Islam (ISI) USIM, turut mendapat kerjasama dari Majlis Belia Malaysia (MBM), Borders Bookstore dan Penerbit USIM.
Menurut Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM, melalui Program Kursi UNESCO yang ditubuhkan sejak Jun 2016 ini, USIM telah dapat mewujudkan rangkaian dengan organisasi dan institusi pendidikan tempatan dan antarabangsa.
Dato Musa dalam ucapannya turut menyatakan kedua-dua buku tersebut mendedahkan banyak isu yang boleh dipercayai dan berpotensi tinggi yang boleh mengubah segala-galanya jika ia menjadi norma baru. Ini adalah satu proses pelajaran yang hebat dimana menanamkan semangat yang bagus di kalangan masyarakat tentang pentingnya dalam membangunkan masa depan yang lebih baik untuk generasi baru selain membantu dalam menentukan kedudukan ‘future studies’ di peringkat global.
Turut hadir sama di majlis peancaran ini, Dato Khairul Anwar Rahmat Pengerusi Smartwheel Resources Borders, Encik Jufitri Joha Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia dan Prof Norita Md Norwawi Pengarah ISI.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032