KUALA LUMPUR, 6 DIS 2015 – Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2015 (PECIPTA 2015)  yang berakhir  pada 6 Disember di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)telah dirasmikan majlis penutup oleh Menteri Pendidikan, YB Dato’ Seri Idris Jusoh.

Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) sebagai tuan rumah PECIPTA 2015 kali ini dengan tema “Innovation Today for Tomorrow”  menghimpunkan sebanyak 9 buah kluster yang dipertandingkan kepada peserta Universiti Awam (UA) dan Swasta di Malaysia dan luar negara.

Ekspo ini menyediakan platform terbaik untuk mengetengahkan pakar-pakar penyelidikan UA yang berpotensi besar untuk membangunkan industri penyelidikan yang lebih cemerlang. Dalam usaha menyokong matlamat kerajaan Malaysia untuk menerajui pembangunan negara dari aspek penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi, USIM kali ini menghantar sebanyak 16 penyertaan produk inovasi untuk memberi saingan kepada peserta UA lain.

USIM berjaya membawa pulang 1 emas, 2 perak dan 10 gangsa yang kesemuanya dari kategori terbuka. 1 Emas adalah produk Muamalat Interactive Game (MIG) yang diketuai oleh Pn Syahidawati Shahwan bersama Prof Madya Dr Zurina Shafii, Supiah Sallleh, Haliza Md Arif, Dr Norhazlina Ibrajim, Kasumalinda Alwi dan Safeza Mohd Sapian.

“MIG (Muamalat Interactive Game) direka sebagai alteranatif proses pendidikan perbankan dan kewangan Islam. Keunikan permainan ini adalah pemain akan merasai dan melalui sendiri proses ‘aqad bagi produk-produk perbankan Islam yang ada dalam permainan ini. Kontrak-kontrak yang ada dalam permainan ini termasuklah kontrak tijari seperti tawarruq, murabahah,  musharakah mutanaqisah, rahnu dan kontrak Ijtimai’ seperti waqf, sadaqah dan zakat,” jelas Pn Syahidawati selaku ketua kumpulan.

Permainan yang berkonsepkan “board game’ ini merupakan yang pertama seumpamaya di dunia. Prospek pemainan ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah, universiti, pekerja dan pelanggan industri perbankan dan kewangan Islam.

Penerima perak diketuai oleh Dr Azman Ab. Rahman bagi produk Model Institusi Pendidikan Melalui Pembiayaan Dana Zakat manakala Prof. Dr. Norita Hj. Norwawi bagi produk UTF-8 Character Encoding Formulation For Unicode Hexadecimal Representation Of Arabic Words In Digital Quran.

Produk yang mendapat gangsa antaranya Informer On Site, i-Majrurat, MyEma(Entrepreneur Monitoring Apps) : Entrepreneur Module Training System And Certification Program, Novel Chitosan-Bio-Waste Active Ultrafiltration (Chito-Bauf) Membranes For Bio-Industry, EZCERT 2.0, Intelligent University Timetabling System With Hybrid Water Drop Algorithm, State-Of-The Art Fiber Spinning Technology (FIST), Profreading System (PS) To Enhance Student’s Writing Skill, EZ-PAY dan Faraidsys : A Faraid Training System And Certification Program.

Disediakan oleh:

Syazlyna Jamil

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204