USIM Prihatin: Naib Canselor Ziarah Pelajar Terjejas Letupan Gas Putra Heights

PUTRA HEIGHTS – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, hari ini 4 April 2025  menziarahi seorang pelajar USIM yang terkesan dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu. Pelajar terbabit, Ainaa Syazana Mohamad Asnawi,22, merupakan pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Pengajian Akidah dan [...]

Sukarelawan IPT Hulur Bantuan di PPS Masjid Putra Heights

PUTRA HEIGHTS – Seramai 22 orang sukarelawan mahasiswa daripada empat institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah naungan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) telah digerakkan ke Masjid Putra Heights pada 5 April 2025 baru-baru ini yang menjadi lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi membantu mangsa kebakaran berpunca daripada kebocoran paip gas di kawasan perumahan Taman Putra [...]

USIM Prihatin: Pasukan Perubatan Fakulti Perubatan USIM Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebocoran Gas di Putra Heights

PUCHONG – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menzahirkan komitmen terhadap misi kemanusiaan apabila pasukan perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM (FPSK) USIM tampil membantu mangsa insiden kebocoran gas yang berlaku di Putra Heights baru-baru ini. Insiden yang berlaku pada hari Selasa  yang lepas  itu telah mengakibatkan lebih 300 orang penduduk terpaksa dipindahkan [...]

USIM Hadiahkan BDR Sempena Hari Lahir Staf dalam Majlis Sambutan Hari Raya Universiti

NILAI– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus meraikan keindahan lebaran dan memperkukuh kebajikan warga kerja menerusi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M yang berlangsung meriah di Dewan Tuanku Canselor USIM, semalam 9 April 2025. Majlis yang bertemakan “Nostalgia Raya USIM #EratSilaturrahim” telah memperlihatkan penyertaan hampir 2,300 warga USIM dan rakan strategik dengan penglibatan lebih 22 [...]

Imam Masjid Al Bukhary dinobat Peserta Terbaik EPIH 2025

NILAI – Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan kerjasama strategik dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam melahirkan barisan pembimbing ibadat haji yang berwibawa melalui penganjuran kali kedua Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH). Seramai 116 orang peserta yang terdiri daripada Pengkursus Ibadah Haji Tanah Air (PEKTA), guru agama syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH), pegawai TH, [...]

Ops Mega Pembersihan Putra Heights: 20 Mahasiswa USIM Turun Padang bersama Mercy Malaysia & KPT

PUTRA HEIGHTS – Seramai 20 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Ops Mega Pembersihan di kawasan terjejas akibat insiden letupan paip gas di Putra Heights. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 12 hingga 13 April ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Mercy Malaysia. Sukarelawan yang terlibat terdiri daripada ahli Kelab [...]

Ramadan di Negara Matahari Terbit: Perjalanan Lima Pelajar USIM dalam Misi Dakwah

JEPUN – Lima pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberikan peluang istimewa untuk menjalani latihan industri (LI) di Jepun sambil menggalas amanah sebagai imam solat tarawih sepanjang bulan Ramadan. Pengalaman berharga ini bukan sahaja membolehkan mereka mengasah ilmu dan kemahiran, tetapi juga memperkukuhkan dakwah Islam di negara yang semakin berkembang komuniti Muslimnya. Kelima-lima pelajar ini [...]

Dari Kota Bharu Ke Auckland: Pelajar Usim Jadi Imam Terawih Di New Zealand

AUCKLAND, NEW ZEALAND – Dalam menjejak usia 24 tahun, Muhammad Hanif Zakaria, pelajar Fakulti Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah mencipta sejarah tersendiri apabila diberi kepercayaan menjadi imam solat Terawih di sebuah masjid "Manukau Islamic Youth Centre" di Auckland, New Zealand. Beliau berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke bumi New [...]

USIM perkukuh jaringan antarabangsa, tandatangani lima MoU dengan Universiti Uzbekistan  

TANJUNG MALIM – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh jaringan akademiknya di peringkat antarabangsa dengan menandatangani lima Memorandum Persefahaman (MoU) dengan universiti terkemuka di Uzbekistan. Majlis pertukaran MoU ini berlangsung sempena 1st Malaysia-Uzbekistan Higher Education Forum and Showcase yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada [...]

By |2025-02-22T15:24:24+08:00Februari 22nd, 2025|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

USIM Lancar Iqra’ Centre for Ummah, Pusat Kecemerlangan Quran untuk Masyarakat Sempena Amanat Naib Canselor 2025

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memulakan langkah 2025 dengan pelancaran Iqra’ Centre for Ummah, sebuah pusat kecemerlangan al-Quran yang bakal menjadi rujukan utama dalam bidang tajwid, tarannum, tahfiz, tafsir, tadabbur, qira’at serta mushaf. Pelancaran pusat ini dibuat secara rasmi dalam Amanat Naib Canselor 2025 yang berlangsung pada 24 Januari 2025 baru-baru ini. Penubuhan [...]

Go to Top