USIM TUBUH PUSAT PENGEMBANGAN INTEGRASI NAQLI AQLI SEBAGAI RUJUKAN SERANTAU

NILAI, 5 Feb - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengumumkan penubuhan Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli pada tahun ini. Pengumuman rasmi penubuhan Pusat inj dibuat sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2015 Naib Canselor USIM. Penubuhan Pusat ini yang mempunyai visi menjadi pusat rujukan utama bertaraf antarabangsa dalam pengembangan integrasi ilmu Naqli dan Aqli [...]

By |2016-09-08T15:08:56+08:00Februari 9th, 2015|Berita, Berita Kampus|

KEMBARA : SYARIAH LAW CLUB (SLC) USIM ZIARAH PEKANBARU DAN PADANG

NILAI, 24 JAN 2015 - Program Kembara Ilmiah Kelab Syariah & Undang-Undang (SLC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Pekanbaru dan Padang, Indonesia pada 20 hingga 24 Januari 2015 lalu memberi pengalaman bernilai kepada 15 orang Ahli Kelab Syariah & Undang-Undang yang terlibat. Terdiri dari pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), program pengantarabangsaan berbentuk lawatan [...]

By |2016-10-20T08:54:15+08:00Februari 5th, 2015|Berita, Berita Kampus|

SISWI USIM WAKIL TUNGGAL MALAYSIA KE ASIAN YOUTH FORUM DI BANGKOK

NILAI, 31 Jan – Pelajar program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Saudari Fairus Abdul Manaf, 22 menjadi wakil tunggal Malaysia yang menyertai Asian Youth Forum kali Ke-13 (AYF ’13) di Bangkok Thailand bermula 27 Januari lalu hingga 2 Februari ini. Beliau bersama-sama 67 orang peserta lain yang mewakili pelbagai [...]

By |2016-09-02T10:59:22+08:00Februari 2nd, 2015|Berita, Berita Kampus|

KEMBARA : MENDAKAP AWAN DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

NILAI, - Tanggal 23 Januari 2015 mencipta sejarah dan kenangan terindah buat 21 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila berjaya menawan Gunung Kinabalu yang berketinggian 4095m dari paras laut. Lebih manis lagi apabila pengalaman kali pertama sampai ke puncak gunung tertinggi Asia dan disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage ini diraikan bersama-sama dengan Naib [...]

By |2016-09-02T11:03:02+08:00Februari 2nd, 2015|Berita, Berita Kampus|

SUKARELAWAN USIM BANTU MANGSA BANJIR

NILAI, 20 JAN 2015 – Seramai lebih 300 sukarelawan SMART Team USIM yang terdiri  daripada gabungan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisan USIM (PRAGMATIS), Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Kesukarelawan Mahasiswa (SKM) bersama-sama berganding bahu meringankan beban mangsa dengan melaksanakan misi bantuan pasca banjir di Kelantan dan Pahang sejak awal Januari [...]

By |2016-09-02T11:05:04+08:00Januari 27th, 2015|Berita, Berita Kampus|

AHMAD KEELER DILANTIK FELO KEHORMAT USIM

NILAI, 15 JAN 2015 - Pengasas kepadaThe Golden Web Foundation yang juga merupakan Felo akademik di University of Cambridge, Ahmed Keeler, dilantik sebagai Felo Kehormat Kursi Kepemimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd Yassin Bin Muhammad di Fakulti Kepimpinan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia bermula 1 Januari 2015 selama satu tahun. Menurut Timbalan Naib Canselor, Akademik [...]

By |2016-09-02T11:09:47+08:00Januari 27th, 2015|Berita, Berita Kampus|

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI USIM LANCAR ISLAMIC SPA & BEAUTY DAN KLINIK PERUBATAN KOMPLIMENTARI

NILAI, 17 Jan 2015 - Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal menubuhkan Islamic Spa  & Beauty serta Klinik Perubatan Komplimentari USIM yang dijangka beroperasi pada bulan Mac nanti. Pengarah Pusat Kesihatan Universiti Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Taujuddin berkata, kos yang diperuntukkan sebanyak RM20 ribu untuk pembelian peralatan yang akan memberi  perkhidmatan [...]

By |2016-09-02T11:12:07+08:00Januari 26th, 2015|Berita, Berita Kampus|

PROFESOR DR ZULKIPLE BIN ABD GHANI DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) BAHARU USIM

NILAI, 20 Jan 2015 - Prof Dr Zulkiple bin Abd Ghani, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dilantik secara rasmi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 15 Januari 2015 hingga 14 Januari [...]

By |2016-09-02T11:15:39+08:00Januari 20th, 2015|Berita, Berita Kampus|

50 PELAJAR GENIUS ANTARA YANG TERPILIH SEBAGAI PELAJAR SULUNG KOLEJ PERMATA INSAN

NILAI, 17 Jan 2015 - Pusat PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kumpulan sulung seramai 50 orang pelajar yang akan mengikuti pengajian peringkat menengah Asas 1 (Tingkatan 1) di Kolej PERMATA Insan USIM. Kumpulan pertama ini yang terdiri daripada 30 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan merupakan pelajar terpilih dari seluruh negara yang [...]

By |2016-10-20T08:54:20+08:00Januari 19th, 2015|Berita, Berita Kampus|

KOLEJ PERMATA INSAN USIM BAKAL TERIMA 50 PELAJAR PERTAMANYA

NILAI - Pusat PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal menerima kumpulan sulung seramai 50 orang pelajar berusia 13 tahunyang akan mengikuti pengajian peringkat menengah Asas 1 (Tingkatan 1) di Kolej PERMATA Insan USIM. Kumpulan pertama ini yang terdiri daripada 30 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan merupakan pelajar terpilih dari seluruh negara akan [...]

By |2016-11-25T08:37:47+08:00Januari 15th, 2015|Berita, Berita Kampus|
Go to Top