Majlis khatam Al-Quran USIM pupuk semangat kebersamaan dalam perkongsian ilmu dan kebajikan

NILAI – Semangat kebersamaan warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dizahirkan melalui Majlis Khatam Al-Quran peringkat USIM bersempena Hari Nuzul Quran pada 28 Mac 2024 yang diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM) anjuran Pusat Islam USIM. Seramai 300 peserta hadir memeriahkan program ini termasuk tujuh peserta dari kalangan orang kurang upaya pekak. Pusat [...]

By |2024-04-04T11:25:28+08:00April 2nd, 2024|Berita, Berita Kampus|

Imarah Ramadan (IMRAN) jalin hubungan erat PTPTN dengan USIM

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjadi universiti pilihan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengadakan Program Imarah Ramadan (IMRAN) pada 19 Mac 2024. Program yang dianjurkan oleh Pusat Penerbit USIM dengan kerjasama PTPTN tersebut telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM dengan kehadiran Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan [...]

By |2024-04-02T15:01:39+08:00April 2nd, 2024|Berita, Berita Kampus|

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad Sumbang RM50,000; Bantu Kos Rawatan Perubatan dan Tajaaan Berbuka Puasa Pelajar USIM

NILAI – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyumbang sejumlah RM50,000.00 kepada Tabung It’am Muhtajin (Food for Needy) dan Tabung Infaq Ibnu Sina (Bantuan Perubatan Pelajar USIM), melalui Pusat Wakaf dan Zakat, Universiti Sains Islam Malaysia. Melalui sumbangan ini, sejumlah 100 orang pelajar asnaf USIM layak menerima Bantuan Bakul Rahmah berjumlah RM100.00 setiap seorang, selain daripada [...]

By |2024-04-04T09:08:02+08:00April 2nd, 2024|Berita, Berita Kampus|

Program Kemanusiaan dan Plaestin Jentik Hati Mahasiswa USIM

NILAI - Kehadiran Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Cinta Syria Malaysia ke Program Lepak Lepas Terawih: Kemanusiaan dan Palestin yang diadakan pada 29 Mac 2024 baru-baru ini di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), menjentik hati mahasiswa USIM dengan perkongsian pengalaman mereka sepanjang mengikuti bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin. Nurul A’ina Sofea, alumni USIM yang juga [...]

By |2024-04-04T09:40:58+08:00Mac 30th, 2024|Berita, Berita Kampus|

Online Tadarus Tanpa Suara, kaedah dakwah unik OKU pendengaran seluruh Malaysia oleh SaF USIM

NILAI - Seramai 30 orang peserta daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran di seluruh Malaysia menyertai Program Online Tadarus Tanpa Suara (OTTS) 2024 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dan Sekretariat Sahabat FAQEH (SaF) USIM yang berlangsung pada 20 Mac 2024 baru-baru ini. Tampil membawa kelainan berbanding [...]

By |2024-03-26T17:05:43+08:00Mac 26th, 2024|Berita, Berita Kampus|

Iftar Perdana USIM rai 2,000 pengunjung; meneruskan tradisi, mengeratkan ukhuwah

NILAI – Lebih 2,000 pengunjung diraikan pada Majlis Iftar Perdana Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM. Pelbagai pengisian turut disajikan sempena Iftar Perdana tersebut antaranya adalah ceramah khas yang disampaikan oleh Ustazah Asma’ Harun bertajuk Peristiwa Agung di Bulan Ramadan dan pameran berkaitan Al-Quran. Solat tarawih pada malam [...]

By |2024-03-25T15:04:18+08:00Mac 25th, 2024|Berita, Berita Kampus|

USIM, UNIDA Teroka Kerjasama Melalui Program Kuliah Kerja Nyata

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kehadiran seramai 3 pensyarah dan 23 pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang program pengajian dari Universitas Darussalam, Gontor, Indonesia untuk menjalankan program Kuliah Kerja Nyata (KKN) bermula 8 Mac hingga 24 Mac 2024. Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM dalam [...]

By |2024-03-25T12:30:39+08:00Mac 25th, 2024|Berita, Berita Kampus|

Kerjasama USIM, Bank Islam Malaysia Berhad sasar peningkatan pemegang akaun Bank Islam bagi 2024

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Jabatan Bendahari telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dalam usaha menyokong projek bersama yang bakal memberi impak kepada kedua-dua buah institusi. BIMB merupakan sebuah institusi kewangan perbankan Islam yang pertama dan terunggul di Malaysia yang sentiasa berusaha meningkatkan dan menguatkan program kerjasama [...]

By |2024-03-25T10:46:40+08:00Mac 25th, 2024|Berita, Berita Kampus|

Libat Pempengaruh Media Sosial Usaha Perkasa “Visibility” USIM

NILAI - Pusat Kebudayaan USIM berhasrat memperkasa “visibility” jabatan sebagai Peneraju Seni Berbudaya ke pelbagai peringkat dengan penglibatan pempengaruh media sosial dalam satu sesi pembentangan Hala Tuju bersama Naib Canselor. Sesi hala tuju Pusat Kebudayaan USIM bersama Naib Canselor diadakan bertujuan untuk semak dan imbang bagi setiap program dan pencapaian sepanjang penubuhan Pusat Kebudayaan USIM. [...]

By |2024-03-22T12:52:52+08:00Mac 22nd, 2024|Berita, Berita Kampus|

400 pelajar USIM terima infaq makanan iftar

NILAI - Sebanyak 400 pek makanan berbuka puasa yang disumbangkan oleh syarikat Ikhlas Com Travel Sdn Bhd diedarkan kepada para pelajar Tamhidi dan Pelajar Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Kolej Kediaman Satu. Turut hadir ke majlis itu Encik Ikhlas Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas Com Sdn Bhd; Dr. Fauziah Hassan Pengarah, USIM ‘Alamiyyah; [...]

By |2024-03-21T17:16:51+08:00Mac 21st, 2024|Berita, Berita Kampus|
Go to Top