Tidak berputus asa, Rahmatul terima ijazah USIM setelah 11 tahun

NILAI - Selepas 11 tahun Rahmatul Fikri Haidin, 30, akhirnya bergraduasi dalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-21 sidang kelima yang berlangsung pada 14 Disember 2023. "Saya mulakan pengajian di USIM pada tahun 2012, dan sepatutnya saya bergraduasi selepas empat tahun, namun pelbagai kekangan ia [...]

By |2023-12-16T00:45:38+08:00Disember 15th, 2023|Berita, Berita Kampus|

“Sangat cintakan ilmu yang mendalam”, Penerima anugerah Diraja Pingat Jaya Cemerlang USIM bergraduasi di Majlis Konvokesyen ke-21 USIM

NILAI - “Gunakanlah sekecil-kecil peluang untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman. Ilmu itu didatangi bukan untuk mendatangi. Setiap ilmu perlu disulami dengan adab. Letak Allah yang pertama dan utamakan ibu ayah, insyaAllah semuanya baik-baik “. Inilah pegangan yang dibawa sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazah buat Muhammad Isyraq Husaini Muliadi dan Aufa Abdullah, penerima Anugerah Pelajaran Diraja [...]

By |2023-12-14T06:35:14+08:00Disember 14th, 2023|Berita, Berita Kampus|

Graduan Sulung Industri Halal USIM Tekad Teroka Bidang Halal

NILAI - “Jangan kedekut ilmu, selalulah berkongsi kepada rakan-rakan” itulah antara nasihat ringkas Nor Afzan Azizan, 25, salah seorang daripada 61 orang graduan sulung Ijazah Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang yang telah bergraduasi pada Majlis Konveksyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-21 semalam. Nor Afzan ketika ditemui turut berkongsi [...]

By |2023-12-16T00:35:59+08:00Disember 13th, 2023|Berita, Berita Kampus|

Setia bersama USIM, lengkapkan semua Peringkat Tinggi Pengajian di USIM

NILAI- Perjalanan akademik graduan Doktor Falsafah dalam bidang Sains dan Teknologi ini panjang. Lebih menarik, beliau berjaya melengkapkan semua peringkat pengajian akademik di peringkat tertiary beliau kesemuanya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Muhammad Harith Noor Azam, 28, yang berasal dari Pulau Pinang memulakan pengajian awalnya dengan mengikuti Program Tamhidi di USIM sebelum menyambung pengajian [...]

By |2023-12-16T00:39:01+08:00Disember 13th, 2023|Berita, Berita Kampus|

Duta Besar Palestin hadir terima Ijazah Anumerta wakili dua graduan USIM yang syahid dalam serangan Zionis

NILAI – Duta Besar Palestin, Tuan Yang Terutama Walid A. M. Abu Ali hadir ke Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-21 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menerima Ijazah Anumerta mewakili dua graduan USIM yang terkorban dalam serangan Zionis di Gaza, Palestin, iaitu Mohammed J. H. Alzaanin, Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia) serta isteri, Kholoud M. H. [...]

By |2023-12-12T22:47:37+08:00Disember 12th, 2023|Berita, Berita Kampus|

Bawa Tema ‘Graduan USIM Pemangkin Masyarakat Madani’, Konvokesyen USIM ke-21 rai 3,146 graduan

NILAI - Seramai 3,146 graduan dari 89 program pengajian diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-21 yang dijadualkan berlangsung pada 12 sehingga 15 Disember 2023. Dengan tema “Graduan USIM Pemangkin Masyarakat Madani”, majlis yang penuh bermakna bagi graduan ini diraikan dengan penuh adat isitiadat dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia [...]

By |2023-12-12T22:18:16+08:00Disember 12th, 2023|Berita, Berita Kampus|

USIM teruskan inisiatif solidariti, anjur solat hajat & qunut nazilah untuk Palestin

NILAI– Serangan bertubi-tubi daripada Zionis Israil terhadap bumi Palestin sejak peristiwa 7 Oktober membuatkan umat Islam di seluruh dunia berhimpun dan menyatakan sokongan untuk membela nasib rakyat Palestin. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga turut sama mengadakan beberapa siri solidariti bagi menyatakan sokongan terhadap pembebasan Negara Palestin. Antara inisiatif solidariti pertama yang dibuat oleh USIM [...]

By |2023-12-11T00:08:44+08:00Disember 11th, 2023|Berita, Berita Kampus|

USIM Catat 91.83 Peratus Pelajar Keluar Mengundi Dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2023/2024

NILAI – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2023/2024 semalam berlangsung dengan lancar dan aman dan menyaksikan 91.83 peratus pelajar turun mengundi berbanding 83.73 peratus pada tahun lepas. Keputusan ini merupakan antara yang tertinggi dicatatkan oleh Universiti Awam. Sebanyak sembilan  kerusi umum dan 18 kerusi fakulti menjadi rebutan calon-calon yang bertanding. [...]

By |2023-12-06T12:27:21+08:00Disember 6th, 2023|Berita, Berita Kampus|

Beri Peluang Belia B40 dan Masyarakat Orang Asli Jadi Tenaga Mahir, Tingkat Kemahiran Dalam Sektor Pelancongan di Negeri Sembilan

REMBAU - Dalam usaha untuk melahirkan usahawan dan komuniti profesional dari kalangan golongan belia B40 dan Orang Asli dalam industri pelancongan, Universiti Sains islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Latihan Modul I-Skilled Keusahawanan [...]

By |2023-11-30T12:58:19+08:00November 29th, 2023|Berita, Berita Kampus|

The Black Widow dinobat sebagai Juara Keseluruhan SUFA 2023!

NILAI- The Black Widow Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah berjaya memenangi gelaran Juara Keseluruhan SUFA 2023, mencatat kemenangan terbesar sejak capaian cemerlang pada tahun 2009 yang lalu. Kemuncak kejohanan berakhir malam tadi di Kompleks Sukan Tuanku Najihah dengan menyaksikan FBeast gabungan (Fakulti Sains dan Teknologi & Fakulti Kejuteraan Alam Bina) rangkul Naib Johan, manakala [...]

By |2023-11-30T14:51:45+08:00November 23rd, 2023|Berita, Berita Kampus|
Go to Top