Dana Manfaat Wakaf lebih Rm250,000.00; USIM Perkukuh Kerjasama Strategik dengan ASNB

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah menerima sumbangan bagi program Seikhlas Wakaf Seindah Ramadan sempena Iftar Perdana USIM 1446H daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menerusi Dana Manfaat Wakaf ASNB. Program ini dianjurkan bersama oleh ASNB, PWZ, dan Pusat Islam USIM dengan kehadiran lebih 1,000 peserta di [...]

“MAN SAHUR: Iklan Ramadan USIM Paling Seram, sasar 100,000 Tontonan

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawakan "MAN SAHUR", sebuah iklan Ramadan 2025 yang mengetengahkan genre seram dengan mesej mendalam tentang realiti generasi muda. Diterbitkan oleh Pusat Komunikasi Strategik USIM bersama idea kreatif para pelajar, iklan ini telah mencetus fenomena dengan meraih lebih 30,000 tontonan di YouTube USIMTV hanya dalam tempoh seminggu sejak ia [...]

10 Pensyarah KPM Bandar Melaka Terima Sijil Eksekutif Kewangan Islam daripada USIM

NILAI – Seramai 10 pensyarah dari Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Melaka telah berjaya menamatkan dua program pensijilan eksekutif dalam bidang kewangan Islam yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sekali gus mencerminkan satu bentuk kerjasama strategik antara USIM dan MARA dalam memperkasa pembangunan kapasiti tenaga pengajar. Para peserta [...]

USIM Mulakan Kursus Intensif Bahasa Arab: Persiapkan 74 Pelajar Ambilan Pertama Ke Universiti Al-Azhar, Mesir

NILAI – Impian menjejakkan kaki ke menara gading tersohor, Universiti Al-Azhar Al-Sharif di Mesir, semakin hampir menjadi kenyataan bagi 74 pelajar cemerlang yang telah memulakan Kursus Intensif Bahasa Arab di Institut Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kursus yang bermula pada 13 April 2025 ini merupakan sebahagian daripada program persediaan akademik bagi kohort [...]

USIM Catat 97.6 Peratus Kadar Kebolehpasaran Graduan Tahun 2024

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila merekodkan kadar kebolehpasaran graduan (GM) sebanyak 97.6% bagi tahun 2024. Ia melepasi penetapan sasaran nasional sebanyak 86.4% yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Pencapaian kebolehpasaran graduan  ini merangkumi status empat indikator iaitu bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan dengan kadar responden [...]

USIM Diiktiraf YB Menteri KPT di EURIE 2025: Keterlihatan Cemerlang di Pentas Antarabangsa

ISTANBUL – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menyerlah di persada antarabangsa apabila menerima perhatian dan pengiktirafan daripada YB Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sempena penyertaannya sebagai penyampai keynote di Eurasia Higher Education Summit (EURIE) 2025 di Istanbul, Turkiye baru-baru ini pada 7-10 April 2025. Kehadiran YB Menteri KPT ke reruai [...]

Topi Keledar Dan Kesedaran: USIM Perkasa Keselamatan Jalan Raya

NILAI – Dalam usaha meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya menjelang musim perayaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Kempen Patuhi Keselamatan, Selamat Sampai ke Destinasi di AEON Mall Nilai pada 25 Mac 2025. Program yang mendapat sambutan luar biasa ini dihadiri lebih 200 peserta daripada komuniti setempat. Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan [...]

USIM Prihatin: Naib Canselor Ziarah Pelajar Terjejas Letupan Gas Putra Heights

PUTRA HEIGHTS – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, hari ini 4 April 2025  menziarahi seorang pelajar USIM yang terkesan dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu. Pelajar terbabit, Ainaa Syazana Mohamad Asnawi,22, merupakan pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Pengajian Akidah dan [...]

Sukarelawan IPT Hulur Bantuan di PPS Masjid Putra Heights

PUTRA HEIGHTS – Seramai 22 orang sukarelawan mahasiswa daripada empat institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah naungan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) telah digerakkan ke Masjid Putra Heights pada 5 April 2025 baru-baru ini yang menjadi lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi membantu mangsa kebakaran berpunca daripada kebocoran paip gas di kawasan perumahan Taman Putra [...]

USIM Prihatin: Pasukan Perubatan Fakulti Perubatan USIM Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebocoran Gas di Putra Heights

PUCHONG – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menzahirkan komitmen terhadap misi kemanusiaan apabila pasukan perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM (FPSK) USIM tampil membantu mangsa insiden kebocoran gas yang berlaku di Putra Heights baru-baru ini. Insiden yang berlaku pada hari Selasa  yang lepas  itu telah mengakibatkan lebih 300 orang penduduk terpaksa dipindahkan [...]

Go to Top