SUKSIS USIM main peranan cegah jenayah bersama PDRM

NILAI – Para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) boleh membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mencegah berlakunya kes jenayah dengan dengan menyalurkan maklumat penting kepada pihak berkuasa. Sebagai para pelajar yang mengambil kursus berasaskan kepolisan, Kor Suksis USIM boleh menjadi mata dan telinga kepada PDRM untuk [...]

Seminar Wahyu Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa Kali Kelima (SWAT 2017) anjuran USIM dan Institut Wasatiyyah Malaysia

NILAI, 10 Oktober 2017 – Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia menganjurkan Seminar Wahyu Asas Tamadun  Peringkat Antarabangsa Kali Kelima (SWAT 2017) bagi menghimpunkan kajian-kajian dan penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan al-Quran dan wahyu sebagai asas pembinaan dan kecemerlangan tamadun bangsa untuk dijadikan panduan dalam meningkatkan kesedaran umat Islam khususnya dan manusia sejagat [...]

By |2017-11-01T12:46:33+08:00Oktober 12th, 2017|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

USIM raih 1 Best Award, 3 Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa di PECIPTA 2017

TERENGGANU, 9 Oktober 2017 – Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2017 (PECIPTA 2017) menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang 3 emas, 1 perak dan 4 gangsa termasuk 1 Special Award. 3 emas tersebut adalah produk Muamalat Interactive Game (MIG), Global Zakat Game: Bijak Zakat (GZG) dan Halal Universe: Farm [...]

Pakar pendidikan dan pemikir Islam dilantik anggotai Panel Penasihat PERMATA Insan USIM

NILAI, 11 Oktober 2017 - PERMATA Insan merupakan salah satu program yang dibangunkan di bawah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pendidikan berkualiti bagi anak-anak yang mempunyai tahap kecemerlangan mental yang tinggi. Dalam usaha memperkasakan program PERMATA Insan ke tahap pendidikan lestari, satu panel penasihat antarabangsa telah ditubuhkan dan pakar-pakar bidang pendidikan pintar berbakat dan tokoh-tokoh pemikir [...]

Pertemuan USIM bersama pejabat Atase Kebudayaan Kedutaan Oman

NILAI, 6 Oktober 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan pertemuan dengan Atase Kebudayaan Kedutaan Oman, Tuan Salam Yahya Al Mandhari di Kuala Lumpur. Delegasi USIM ini diketuai oleh Naib Canselor sendiri iaitu Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad. Turut bersama ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar [...]

Tuanku Muhriz berkenan rasmi Kompleks Islam Tuanku Muhriz

NILAI, 4 Oktober 2017 – Selepas Perasmian Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi melakar sejarah baharu dengan Majlis Perasmian Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang sempurnakan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Kompleks Islam ini menjadi mercu tanda baharu kebanggaan warga USIM dan telah mula [...]

FEM gondol anugerah “Most Outstanding Islamic Finance Education and Research” di KLIFF 2017

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2017 - Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menggondol anugerah Most Outstanding Islamic Finance Education And Research di Hotel Istana Kuala Lumpur dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah sempena Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF) 2017. "Adalah menjadi suatu penghormatan kepada USIM dan Fakulti Ekonomi [...]

International Law Course 2017 anjuran bersama Fakulti Syariah dan Undang-undang dan Pertubuhan Gudlak ID

NILAI, 26 September 2017 - International Law Course 2017 (ILC 2017) adalah anjuran bersama Pertubuhan Gud Lak ID, organisasi anak-anak muda Indonesia yang beribu pejabat di Jakarta, Indonesia. Dengan peningkatan reputasi FSU sebagai sebuah fakulti undang-undang yang mempunyai pakar-pakar muda dalam bidang undang-undang antarabangsa, Gud Lak ID telah meminta FSU untuk menjadi hos ILC 2017 [...]

Pemerkasaan pendidikan fleksibel melalui IUCEL 2017

NILAI, 27 September 2017 - International University Carnival On e-Learning 2017 atau IUCEL 2017 dianjurkan buat kali ke-2 diadakan pada 26 hingga 27 September 2017 bertempat di Dewan Tuanku Canselor. IUCEL 2017 diterajui sepenuhnya oleh pusat Global Open Access Learning, Immersive Technology and Quality Assurance (GOAL-ITQAN) merupakan kesinambungan program IUCEL 2016 yang telah dianjurkan pada [...]

Muktamar Waqf Iqlimi kukuhkan jaringan akademia dan industri

NILAI, 20 September 2017 – Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam isu wakaf dan pembangunan ekonomi ummah di peringkat ASEAN dan global, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merealitikan Muktamar Waqf Iqlimi dengan tema ”Kelestarian Wakaf dan Kewangan Sosial Islam dalam Memperkasakan Pembangunan Ummah Global”. Berlangsung selama dua hari bermula 19 September seminar ini diadakan [...]

By |2017-09-25T10:29:41+08:00September 20th, 2017|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|
Go to Top