Pakar pendidikan dan pemikir Islam dilantik anggotai Panel Penasihat PERMATA Insan USIM

NILAI, 11 Oktober 2017 - PERMATA Insan merupakan salah satu program yang dibangunkan di bawah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pendidikan berkualiti bagi anak-anak yang mempunyai tahap kecemerlangan mental yang tinggi. Dalam usaha memperkasakan program PERMATA Insan ke tahap pendidikan lestari, satu panel penasihat antarabangsa telah ditubuhkan dan pakar-pakar bidang pendidikan pintar berbakat dan tokoh-tokoh pemikir [...]

Tradisi Dipelihara Inovasi Membara

‘Pembelajaran dan pengajaran berteraskan ilmu naqli dan aqli’ serta ‘penyelidikan dan inovasi yang relevan kepada industri dan kesejahteraan ummah’ merupakan dua teras utama yang memacu kecemerlangan berterusan universiti. Dari kaca mata seorang mahasiswa, hal ini dilihat bertepatan dengan tema ‘Tradisi dipelihara, inovasi membara’ berdasarkan kepentingan bagi setiap mahasiswa memelihara tradisi [...]

By |2017-10-19T17:35:36+08:00Oktober 7th, 2017|In our words|

Pertemuan USIM bersama pejabat Atase Kebudayaan Kedutaan Oman

NILAI, 6 Oktober 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan pertemuan dengan Atase Kebudayaan Kedutaan Oman, Tuan Salam Yahya Al Mandhari di Kuala Lumpur. Delegasi USIM ini diketuai oleh Naib Canselor sendiri iaitu Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad. Turut bersama ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar [...]

Perancangan kewangan Naqli dan Aqli siri 12: Harapan belanjawan 2018

Di dalam artikel-artikel yang saya pernah saya tulis sebelum ini, fokus utama yang sering ditekankan ialah tentang perancangan kewangan individu di mana setiap individu perlu merancang belanjawan mereka untuk memastikan kewangan individu dan keluarga adalah mampan dalam kehidupan seharian dan keperluan masa akan datang. Kita semua mempunyai keinginan tetapi tidak [...]

By |2017-10-19T11:29:37+08:00Oktober 6th, 2017|In our words|

Tradisi Dipelihara Inovasi Membara

Inovasi menjana kemajuan sesebuah negara dan tamadun, inovasi melahirkan golongan cendikiawan sejak zaman Rasulullah, kemudian tercetusnya Revolusi Industri Eropah. Apa yang dikesali, inovasi turut menyumbang kepada kemusnahan kepada manusia sejagat dan alam sekitar jika tidak terdapat mekanisma kawalan dan pemantauan yang sepatutnya. Semangat berinovasi sangat digalakkan apabila melihat kepada sumbangan [...]

By |2017-10-14T14:31:46+08:00Oktober 6th, 2017|In our words|

Sambutan Maulidur Rasul melalui pembudayaan ilmu: Menelusuri literatur sirah Rasulullah SAW

Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal seperti kebiasaannya ada umat Islam yang menyambut Maulidur Rasul bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa tarikh kewafatan Rasululullah SAW juga berlaku pada 12 Rabiulawal iaitu pada 11 Hijrah/632M seperti yang diriwayatkan oleh sebahagian besar ahli [...]

By |2017-11-30T13:08:54+08:00Oktober 6th, 2017|In our words|

Tradisi Dipelihara Inovasi Membara

Dendangan lagu “USIM Terus Maju“ yang bergema di Dataran Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada setiap kali Perhimpunan Staf diadakan menyaksikan satu detik perpaduan apabila semua staf menzahirkan ekspresi kebersamaan mereka dalam menjadikan USIM antara universiti termaju. Bagi merialisasikan hasrat ini USIM harus bersedia mendepani pelbagai halangan dan cabaran [...]

By |2017-10-14T14:35:11+08:00Oktober 5th, 2017|In our words|

Tuanku Muhriz berkenan rasmi Kompleks Islam Tuanku Muhriz

NILAI, 4 Oktober 2017 – Selepas Perasmian Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi melakar sejarah baharu dengan Majlis Perasmian Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang sempurnakan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Kompleks Islam ini menjadi mercu tanda baharu kebanggaan warga USIM dan telah mula [...]

FEM gondol anugerah “Most Outstanding Islamic Finance Education and Research” di KLIFF 2017

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2017 - Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menggondol anugerah Most Outstanding Islamic Finance Education And Research di Hotel Istana Kuala Lumpur dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah sempena Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF) 2017. "Adalah menjadi suatu penghormatan kepada USIM dan Fakulti Ekonomi [...]

International Law Course 2017 anjuran bersama Fakulti Syariah dan Undang-undang dan Pertubuhan Gudlak ID

NILAI, 26 September 2017 - International Law Course 2017 (ILC 2017) adalah anjuran bersama Pertubuhan Gud Lak ID, organisasi anak-anak muda Indonesia yang beribu pejabat di Jakarta, Indonesia. Dengan peningkatan reputasi FSU sebagai sebuah fakulti undang-undang yang mempunyai pakar-pakar muda dalam bidang undang-undang antarabangsa, Gud Lak ID telah meminta FSU untuk menjadi hos ILC 2017 [...]

Go to Top