MOHD AQIL IRWAN ABDUL MUTALIB YDP MPP USIM SESI 2016/2017

NILAI, 30 SEPT 2016 – Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan pada semalam, 29 September 2016 (Khamis) berlangsung dengan lancar di lapan buah pusat pengundian yang dibuka seawal jam 9.00 pagi dan ditutup jam 5.00 petang. Lokasi pusat pengundian ini meliputi Kampus Induk di Nilai, Negeri Sembilan; Kampus Satelit [...]

By |2016-11-10T09:07:25+08:00Oktober 12th, 2016|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

USIM JALIN HUBUNGAN ERAT DENGAN KEDUTAAN ASING

NILAI, 5 OKT 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkasakan jalinan strategik dan hubungan baik dengan Pejabat Kedutaan Asing yang berada di Malaysia melalui majlis pertemuan dan ramah mesra khas yang diaturkan di Dewan Senat Canselori USIM baru-baru ini. Majlis kali pertama dianjurkan oleh USIM Alamiyyah ini melibatkan kehadiran Duta Republik Islam Gambia,  [...]

By |2016-11-10T09:09:04+08:00Oktober 7th, 2016|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

GLOBAL ISLAMIC VOLUNTEER USIM CURAH BAKTI DI BUMI KEMBOJA

KEMBOJA, 25 OGOS 2016 - Seramai 15 orang ahli kelab Global Islamic Volunteer (GIV), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Kemboja untuk mendekati masyarakat di sana selain memberi khidmat masyarakat kepada penduduk dan murid daif dari aspek sumbangan tenaga ilmu serta melaksanakan misi kesukarelawan dan pengajaran kepada masyarakat di sana baru-baru ini. Bertemakan Travelog Ilmiah [...]

By |2016-11-10T09:12:38+08:00Oktober 6th, 2016|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

DR HAZMI KONGSI PANDANGAN DI PERSIDANGAN MARITIM AS

NILAI, 3 OKT – Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah satu-satunya ahli akademik dari Asia yang diundang ke persidangan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Amerika Syarikat yang berlangsung pada 25 hingga 27 September lalu bertempat di Kolej Bowdoin Brunwsick, Maine, Amerika Syarikat. Melalui pembentangan bertajuk [...]

By |2016-11-10T09:15:16+08:00Oktober 5th, 2016|Berita, Berita Penyelidikan, Berita Penyelidikan (Utama)|

DEKAN FSU TERIMA ANUGERAH “UPCOMING SHARI’A SCHOLAR 2016” DI GIFA 2016

NILAI, 30 SEPT 2016 – Ahli Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang juga merupakan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Profesor Madya Dr. Zulkifli Hasan, 39, menerima "Upcoming Shari'a Scholar 2016" dalam satu majlis, 6th Global Islamic Finance Awards (GIFA) di Fairmont Hotel, Jakarta, Indonesia pada 29 September. Beliau menerima penganugerahan ini di atas pencapaian [...]

By |2016-11-10T09:16:40+08:00Oktober 5th, 2016|Berita, Berita Penyelidikan, Berita Penyelidikan (Utama)|

PELANTIKAN MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI MENTOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

NILAI, 3 OKT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima khabar gembira daripada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui surat rasmi daripada YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh baru-baru ini yang memaklumkan mengenai pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan terus diberi [...]

By |2016-11-10T09:20:33+08:00Oktober 5th, 2016|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

PELANTIKAN MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI MENTOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

NILAI, 3 OKT 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima khabar gembira daripada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui surat rasmi daripada YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh baru-baru ini yang memaklumkan mengenai pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Mentor USIM. YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan terus diberi [...]

254 KAKITANGAN TERIMA ANUGERAH DI AKI 2015

NILAI, 9 SEPT 2016 - Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi atau singkatannya AKI merupakan antara majlis tahunan yang ditunggu-tunggu. Majlis yang diterajui oleh Jabatan Pendaftar telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kolej PERMATA Insan dengan tema “Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa”. Majlis ini merupakan satu medan pengiktirafan Universiti Sains Islam Malaysia  (USIM) terhadap warganya yang [...]

By |2016-10-20T08:52:50+08:00Oktober 4th, 2016|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

NURZUHAIRAH LAMBANG INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI

Siapa sangka, pelajar kedoktoran turut mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran yang kebiasannya didominasi oleh pelajar aliran agama. Itulah yang berjaya dibuktikan oleh pelajar tahun lima Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Norzuhairah Rusmani berjaya membuktikan kemampuan dalam menghafaz al-Quran apabila mengungguli Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Sembilan 2014. Dengan bacaan yang lancar dan fasih mengikut hukum [...]

By |2016-12-01T09:00:18+08:00September 29th, 2016|Faces of USIM|

INTERNATIONAL CONFERENCE ON KAMPUNG MIZAN KAJI MODEL KAMPUNG MIZAN

NILAI, 24 SEPT 2016 – Seramai 40 ahli akademik dari universiti tempatan dan luar negara hadir ke International Conference on Kampung Mizan yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 September 2016 bertempat di Aras dua Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ia dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi [...]

By |2016-11-10T09:24:22+08:00September 29th, 2016|Berita, Berita Penyelidikan, Berita Penyelidikan (Utama)|
Go to Top