USIM LAHIR 1346 GRADUAN PADA MAJLIS KONVOKESYEN KE-10
NILAI- Seramai 1346 graduan dilahirkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Majlis Konvokesyen Ke-10 universiti ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,228 orang dianugerahkan ijazah diperingkat sarjana muda manakala 79 orang lagi diperingkat diploma lepasan ijazah, 30 orang diperingkat sarjana dan 9 orang diperingkat PhD. Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri [...]